Banyak sekali tips sihat yang selalu anda temui ketika melayari laman internet tapi anda masih lagi melakukannya walaupun menemui tips tersebut. Mungkin anda juga sudah mula bosan dengan pelbagai tips yang telah dikongsikan. Tapi cuba baca tips yang akan diberikan ini, pasti memudahkan anda untuk mengamalkannya.
Pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia amat membimbangkan dan menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Kenapa ia berlaku? Sebab itu anda perlu tahu bagaimana cara untuk mengurangkan pengambilan gula yang sepatutnya.
Bagaimana pula cara untuk mengurangkan pengambilan gula? Ikuti penerangan tips-tips yang akan dikongsikan khas untuk anda semua.
# Pilih Pinggan Berwarna Krim Atau Putih
Berdasarkan kajian daripada Journal of Sensory Studies, mendapati seseorang yang meminum coklat panas menggunakan gelas berwarna putih, rasa coklat tersebut dirasai lebih manis. Malah, dalam kajian itu juga menyatakan bahawa seseorang akan merasakan mousse strawberi lebih manis jika dihidangkan di atas pinggan putih berbanding pinggan hitam.
# Makan Sarapan Yang Mengandungi Protien Tinggi
Sarapan sememangnya amat penting bagi setiap individu, tetapi pemakanan sarapan itu juga perlulah bijak dan tumpukan kepada makanan mengandungi protein tinggi. Hal ini kerana, ia akan menjadikan anda lebih cepat ‘puas’ dan m,engurangkan aktiviti dalam otak yang mendorong kepda keinginan untuk makan sesuatu. Oleh itu, pasti anda akan merasa perubahan yang berlaku. Anda juga tidak akan teringin untuk makan makanan yang mengandungi lemak tinggi atau tinggi gula. Hasil ini diperolehi dalam sebuah kajian di Amerika Syarikat.
# Ambil Minuman Bebas Kafien
Apakah faktor utama seseorang itu teringin untuk minum tau makan makanan manis? Salah satu faktor kepahitan semulajadi dan kopi menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk mencari makanan bergula dan manis-manis. Dalam sebuah kajian daripada Cornell University di AS mendapati bahawa pengambilan kafien membuatkan anda mengawal deria rasa manis berkurangan. Seterusnya membuatkan anda mempunyai keinginan kuat untuk makan makanan manis secara berlebihan.
# Tambah Kayu Manis Dan Vanila
Majoriti masyarakat kita akan mengambil kopi atau teh di waktu pagi bak kata orang ‘kopi-kopi dulu’ baru mula pekerjaan. Kalau kopi dan teh sudah menjadi favorite cuba pula campurkan dengan kayu manis atau vanilla. Jika anda berbuat demikian, ini akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil gula berlebihan kerana dua bahan ini sering dikaitkan dengan kemanisan. Sejurus itu, membuatkan anda berfikir bahawa anda sudahpun mengambil gula, tapi sebaliknya?
# Menyedari Tahap Stress Anda
Minum minuman manis dikatakan mampu mengurangkan tahap stress seseorang. Jelas sekali, sebab itu bila mula stress atau tertekan anda akan cuba mendapatkan minuman manis. Lebih-lebih lagi ketika tempoh menghantar tugasan dan sebagainya. Tapi sebelum mengambil keputusan cuba fikir balik, “perlukah akau mengambil gula dalam kuantiti sebanyak ini?” Tenanangkan fikiran dan jangan terburu-buru. Latih diri, agar ia akan menjadi motivasi kepada anda mahupun anaak-anak anda.
# Makan Coklat Gelap
Anda mungkin seorang penggemar coklat, tapi jangan risau sebab anda masih boleh menikmatinya. Tapi, tukarlah pengambilan coklat tu, cuba ambil coklat gelap pula. Selain rasanya yang lebih ‘mendalam’, coklat gelap juga kaya dengan lemak sihat dan antioksidan. Kajian mendapati coklat gelap memberikan pemakannya merasa lebih puas, jadi anda akan kurang cenderung untuk makan makanan yang manis, masin atau tinggi lemak selepas itu.
# Cukupkan Tidur
Para pelajar biasanya selalu membuat kerja atau assignment sampai lewat malam. Mesti selalu berasa cepat lapar kan? Malah mudah hilang kawalan pada waktu-waktu sebegitu. Jika anda tidak mengetahui, sebenarnya kalori yang tidak diperlukan akan tersimpan seterusnya menjadi lemak dan menyebabkan kenaikan berat badan.
Ramai yang mempunyai masalah sukar untuk tidur pada waktu malam atau dikenali sebagai pengidap ‘insomnia’. Tapi cuba kaedah ni, letakkan handphone jauh daripada anda dan matikan semua lampu dalam bilik, dan tenangkan fikiran. Lakukan secara teratur, lama-kelamaan ia akan menjadi sesuatu yang mudah.
# Jangan Selalu Mengambil Makanan Diproses
Masyarakat pada hari ini terlalu terdedah dengan sikap suka mengambil makanan yang telah diproses hampir pada setiap masa. Anda sepatutnya sedar tentang perkara ini. Anda juga sebenarnya terleka dengan kandungan gula tersembunyi di dalam makanan ringan tersebut dan perkara ini yang membuatkan rasa ‘tak kesah’ makan sebanyak mana pun.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com