Liga Islam Sedunia (WML) memperakui kejayaan Malaysia dalam memupuk kesederhanaan dalam Islam sehingga menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

 

Malaysia juga dipuji kerana berjaya mengamalkan prinsip kesederhanaan tanpa kompromi sambil mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbeza kaum, agama dan warna kulit.

Liga Islam Sedunia malaysia

“Hasilnya, tanpa sebarang keraguan, Malaysia adalah negara contoh yang perlu diteladani, malah Malaysia telah ke hadapan dan memasuki peringkat seterusnya,” kata Setiausaha agung Liga Islam Sedunia, Dr. Mohammed Abdul Karim Al-Issa.

Negara-negara luar begitu memandang tinggi konsep wasatiyyah yang diperkenalkan pihak kerajaan. Menerusi konsep tersebut, sebarang agenda yang boleh mengancam kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dihapuskan.

BACA JUGA :   WHO - Coronavirus mungkin tidak akan terhapus?

Tindakan tersebut disifatkan  Dr. Abdul Karim sebagai selari dengan peranan WML ke arah memperluaskan kesederhanaan Islam serta berusaha mengelakkan agenda politik yang kotor di dalam Islam.

Liga Islam Sedunia malaysia

Sementara itu, Liga Islam Sedunia itu turut me­nyeru agar negara-negara Islam tidak mengikuti jejak langkah negara Iran yang cuba ‘membuat kecoh’ dalam usahanya meluaskan pengaruh politik di rantau ini.

“Tindakan Iran adalah disifatkan berbahaya kepada dunia,” kata­nya sambil merujuk kepada apa yang berlaku di Yemen dan itu semua perlu diperbetulkan.

Diharapkan Malaysia akan terus mengamalkan nilai-nilai yang digariskan dalam Islam agar terus menjadi negara yang disegani di senatero dunia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Pengintip Barat Guna Sesumpah Untuk Intip Program Nuklear Iran

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here