Setiap individu mempunyai keinginan yang tersendiri sama ada dari segi fesyen, kesihatan, teknologi dan banyak lagi. Namun, untuk mencapai keinginan itu bukan semudah yang disangka, pasti memerlukan seseorang itu berkorban dari aspek wang dan tenaga.
Tahukah anda Marunouchi merupakan sebuah kawasan perniagaan terbesar di Jepun. Kawasan itu juga sangat terkenal sebagai pusat membeli-belah dan dan begitu elegan dalam kalangan masyarakat Jepun khususnya.
Di Marunouchi terdapat sebuah kedai cermin mata terkenal iaitu Facial Index New York di Tokyo. Seperti yang diketahui setiap kedai itu mempunyai ciri tersendiri. Begitu juga dengan kedai Facial Index ini, mereka mempunyai cermin mata dengan teknologi bertaraf tinggi Jepun.
Kedai ini sangat sangat hebat tetapi agak terperosok di sudut Marunouchi Naka-dori. Namun begitu, produk dihasilkan adalah tulen dan mewah dengan harapan agar kewujudan penciptaan Jepun ini dapat diperkenalkan kepada dunia.
Sangat terbukti kewujudan cermin mata berteknologi tinggi ini apabila penggunaannya sangat popular di kalangan masyarakat asing yang banyak mengetahuan tentang negara Jepun. Sebenarnya pengunjung yang ramai datang ke sini adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Apa yang menarik tentang cermin mata ini? Untuk pengetahuan anda, cermin mata ini dihasilkan menggunakan gabungan dua kaedah, iaitu teknologi moden dan tradisional. Jika melihatnya di atas rak, sudah tentu tiada tandingannya lagi.
Bukan itu sahaja, Jepun juga sangat terkenal dengan sikap sopan santun yang diamalkan. Jika anda berkunjung ke sini, maka anda akan mengalami bagaimana cara orang Jepun menerangkan tentang cermin mata yang mereka hasilkan.
Selain itu, pekerja yang berada di kedai Facial Index ini juga akan memberikan anda layanan mesra tanpa mempunyai sikap bias atau berat sebelah. Malah, penerangan tentang produk mereka juga ada disediakan untuk pelancong dalam bahasa Inggeris.
Jika anda ingin merasai bagaimana kehebatan teknologi cermin mata ini, anda boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja. Tapi saya tak mempunyai masa pergi ke Jepun? Jangan risau, itu perkara simple. Kedai Facial Index ini juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke keluar negara.
Sumber foto : Live Japan
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com