Jika sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan mengatakan BR1M sebagai dedak yang diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat. Tetapi hari ini pimpinan kerajaan baharu itu tetap mengekalkannya dengan pendekatan sama, membantu golongan berpendapatan rendah.

Seluruh rakyat sedar bahawa di sepanjang musim Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan seringkali mengatakan BR1M merupakan dedak yang diberikan kepada rakyat supaya kekal menyokong kerajaan sebelum ini.

br1m

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan bahawa kajian lebih terperinci akan dilakukan. Ini bagi mengelakkan ia (BR1M) bukan sebagai alat untuk memberi rasuah ataupun dedak.

“Setelah berbincang kami bersetuju untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Walaupun begitu, ia akan dikaji semula kerana masih terdapat golongan tidak layak ini tetap masih menerima bantuan itu,” ujar Perdana Menteri Ke-7 itu.

Apabila Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dipersoalkan, Tun Mahathir menjelaskan supaya rakyat tidak perlu berasa bimbang kerana kerjaan masih menjana pendapatan hasil daripada kenaikan harga minyak dunia dan ketika ini juga perbelanjaan kerajaan dikurangkan.

Selain itu, kerajaan juga bersedia untuk memberikan subsidi bahan api sekiranya berlaku perubahan harga petrol secara kerap dan sekiranya itu menyebabkan gangguan terhadap sektor perniagaan dalam negara.

Dalam pada itu, kerajaan turut dipersoalkan mengenai langkah melaksanakan GST pada kadar sifar. Adakah kerajaan dapat menjana pendapat selepas ini tanpa GST atau kerajaan akan menggunakan alternatif lain bagi mengukuhkan ekonomi negara pada masa kini.

Berkenaan soal ekonomi negara, Perdana Menteri masih tidak dapat dapat menjelaskan tentang keadaan atau jangkaan yang akan dilaksanakan. Hal ini kerana, kerajaan perlu membuat kajian lebih terperinci untuk mengetahui keadaan sebenar ekonomi negara.

Tun Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa, angka dan kedudukan kewangan negara didapati mempunyai masalah berikutan kebanyakan angka itu adalah tidak benar. Oleh itu, kerajaan perlu menentukan kedudukan sebenar sebelum membuat sebarang unjuran tentang ekonomi negara di masa akan datang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here