Kedatangannya amat dinanti-nantikan dan pemergiannya amat dirindui oleh seluruh umat Islam. Itulah bulan Ramadan al-Mubarak paling dirindui oleh umat islam dan bulan ini adalah bulan suci. Ganjaran pahala juga akan berlipat kali ganda walaupun sedikit yang dilakukan.

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. ” (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).

#1. Al-Quran Diturunkan Pada Bulan Ramadhan

Ramai yang tahu al-Quran, tapi adakah anda tahu al-Quran juga diturunkan pada bulan Ramadan yang mulia? Di bulan Ramadan inilah al-Quran ini diturunkan untuk pertama kalinya dan seperti yang tercatat dalam surah al-Baqarah ayat 185, Allah memuji bulan Ramadan berbanding bulan yang lain kerana al-Quran diturunkan pada bulan yang suci.

#2. Ganjaran Pahala Berlipat Kali Ganda

Tentu sekali amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari dan bulan-bulan lain amat berbeza. Di bulan Ramadan ini Allah akan memberikan ganjaran bagi setiap amalan yang dilakukan oleh hamba-hambahNya. Tidak kira di siang ataupun di malam hari.

Di bulan Ramadhan ini berlumba-lumba lah mengerjakan amal kebaikan dan jauhilah diri anda dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

#3. Bulan Dipenuhi Barakah

Bulan Ramadan memiliki banyak barakah, keutamaan dan pelbagai keistimewaan yang terkandung di dalam bulan suci ini. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan juga akan dilipat kali gandakan ganjaran pahalanya.

Di bulan Ramadan ini juga terdapat satu malam yang mana ia lebih baik dari seribu malam. Beruntunglah sesiapa yang berjaga dan melakukan amal ibadah pada malam itu dan malam itu juga adalah malam Qadar.

#4. Dosa Diampunkan Dan Doa Dimakbulkan

Tanpa kita sedari dan sengajakan banyak dosa-dosa telah kita lakukan, dan terkadang kita juga terlupa untuk berdoa kepada Allah supaya diampuni yang lalu.

Oleh itu, di bulan suci ini pintu neraka ditutup dan pintu taubat dibuka oleh-Nya. Maka bersegeralah bersujud dan angkatlah tangan untuk berdoa kerana Allah menyukai mereka yang berdoa tidak kira dimana seseorang itu berada.

Setiap hamba yang berdoa pasti Allah akan kabulkan. Perbanyakkan doa dan amalan di bulan suci ini.

#5. Mempunyai Malam Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan (Lailatul Qadar)

Malam yang dijanjikan oleh Allah akan berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Malam ini juga adalah malam yang lebih baik diisi dengan amal ibadah, dan mukjizat boleh turun di malam Lailatul Qadar.

Oleh itu, janganlah kita mempersiakan peluang ini untuk memperoleh ganjaran yang dijanjikan. Melakukan sesuatu itu juga janganlah terlalu mengharapkan balasan tetapi berniatlah dengan ikhlas, bahawa setiap yang dilakukan itu kerana Allah SWT.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here