Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam membuat desakan terhadap perubahan dalam bentuk kepemimpinan dalam semua parti termasuk terhadap kerajaan yang baharu mentadbir negara. Perlukan masa dan ruang serta peluang untuk sesuatu parti melakukan perubahan.

Peluang
United Malays National Organisation (UMNO)

Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, beliau mendapat desakan supaya UMNO membuat perubahan secara keseluruhan. Apakah perubahan keseluruhan yang dimaksudkan?

Desakan dalaman itu perlu dilakukan mengikut keutamaan dan bukannya secara membuta tuli dan akhirnya tidak memberi sebarang manfaa kepada UMNO. Desakan ini disifatkan sebagai desakan yang amat berat. Pihak yang ‘mendesak’ haruslah memberi peluang dan ruang untuk satu parti membina ahli jawatan kuasa.

Peluang
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

Adakah desakan untuk membuat perubahan secara keseluruhan  melibatkan pemimpin dari atas hingga ke bawah? Kalau itulah yang dimaksudkan, bermakna ketua bagi semua peringkat harus letak jawatan kerana kita berada dalam kategori kelompok ini.

BACA JUGA :   Cubaan Untuk Melumpuhkan UMNO, Zahid Dakwa SPRM Beku Akaun UMNO

Perubahan yang dilakukan haruslah mengikut keperluan dan bukannya dengan cara mendesak. Terutamanya pada ketika ini, UMNO perlu mengguna pakai formula iaitu melantik individu yang mampu mengapungkan semula ‘kapal yang hampir karam’.

UMNO perlukan mereka yang rela bekerja untuk menstabilkan kembali kapal yang hampir ‘karam’ ini. Kita perlu melantik jawatan bermula daripada jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua sayap, ahli majlis tertinggi sehingga ke bahagian serta cawangan.

Dalam pada itu, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak menjatuhkkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu sebelum siasatan rapi  dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

peluang
SRC International Sdn. Bhd.

Sehingga kini, siasatan terhadap bekas perdana menteri, berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. akan dilaksanakan secara adil dan bebas.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, bekas perdana menteri itu perlu menghadirkan diri ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada Selasa ini bagi membantu siasatan SPRM yang melbatkan kes SRC International Sdn. Bhd.

BACA JUGA :   Datuk Seri Najib Razak perlu DIJATUHKAN ?

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Anwar, 71, yang mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas, berharap segala siasatan ke atas  bekas Perdana Menteri itu tulus dan ikhlas.

Peluang
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau dibebaskan selepas menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

https://daulah.com/

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here