Berpuasa di bulan Ramadan bukanlah penghalang kepada umat Islam untuk berkerja ataupun melakukan aktiviti-aktiviti luar yang lainnya. Namun, kenyataan sebaliknya dibuat oleh Menteri Integrasi Denmark, Inger Stoejberg apabila beliau mendakwa amalan berpuasa akan mendatangkan bahaya kepada masyarakat di negara itu.
Tambahan pula, beliau memberi saranan agar masyarakat muslim perlu mengambil cuti sepanjang bulan Ramadan ini kerana dikhuatiri mereka akan mencetuskan perkara-perkara tidak diingini.
Menteri Integrasi itu yang juga merupakan anggota tegar kerajaan pakatan haluan tengah kanan Denmark, mempersoalkan perkara itu di dalam catatan blog dikeluarkan semalam. Menurutnya, pematuhan terhadap ajaran Islam yang berusia 1,400 tahun dahulu tidak bersesuaian dengan tuntutan pasaran buruh zaman moden ini.

Inger Stoejberg mengambil kira pemandu bas sebagai contoh dalam hal ini. Baginya, keadaan pemandu bas mungkin terjejas disebabkan tidak makan dan minum yang pada waktu siang, sekali gus berpotensi membahayakan para penumpang.
Kenyataan Inger Stoejberg itu disifatkan sebagai satu idea yang jelas tidak masuk akal Pia Jardi, Pengerusi Kesatuan Muslim Wanita Finland.
Pia Jardi juga mengatakan bahawa belum ada statistik yang menunjukkan pemandu bas atau pekerja Muslim lain bertindak secara berbahaya ketika berpuasa di bulan Ramadan.

“Tiada maklumat atau statistik menunjukkan, pemandu bas atau pekerja Muslim lain akan berkelakuan berbahaya ketika berpuasa.
“Di kebanyakan negara Islam, kedai-kedai dan premis-premis perniagaan beroperasi seperti biasa saja,” ujar Jardi.
Umat Islam sudah dilatih berpuasa sejak kecil lagi, dan amalan itu satu latihan untuk bekerja dengan prestasi yang lebih berkualiti. Tambahan lagi, umat Islam yang sangat komited berpuasa juga memiliki tanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai rehat yang secukupnya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com