azlan man mb perlis

Baru-baru ini, seluruh negeri Perlis kecoh apabila 9 ADUN Barisan Nasional dilaporkan tidak menghadirkan diri ketika majlis angkat sumpah menteri besar negeri itu. Difahamkan, tindakan itu adalah sebagai memboikot keputusan Sultan Perlis yang memilih Azlan Man untuk menggalas jawatan MB.

Justeru, ADUN Tambun Tulang iaitu Datuk Ismail Kassim tampil mengemukakan sebab kenapa kepimpinan BN dan UMNO negeri itu menolak pelantikan Azlan Man dan menggesa Tuanku Syed Sirajuddin untuk mempertimbangkan 8 ADUN BN yang lain bagi jawatan tersebut.

azlan man mb perlis
ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man. Sumber foto : Unit Media MB Perlis

Pertama sekali, tindakan memboikot itu adalah kerana rakyat Perlis begitu marah dengan Azlan ketika menjadi ADUN Pauh dahulu kerana beliau tidak menjaga kawasannya dengan baik. Bukan itu sahaja, beliau juga berpindah untuk bertanding di kerusi lain pada PRU14 yang lalu.

BACA JUGA :   Akhirnya Kemelut Isu Yang Berlaku Terhadap MB Perlis, Selesai

Ini membuatkan rakyat berasa kecewa dengan cara pemerintahan Azlan yang seolah-olah mengabaikan kawasannya.

“Orang tahu rekod dia di Pauh tak jelas dan mencuba di kawasan baru sekarang. Di bahagian dia gagal, macam mana kita bagi seorang ketua bahagian yang gagal mengetuai negeri?”, ujar Ismail.

azlan Man mb perlis
Datuk Ismail Kassim adalah adik kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi BN dan Umno Perlis

Di samping itu, Datuk Ismail juga memberitahu bahawa Azlan mempunyai satu sikap di mana beliau sukar untuk menerima teguran orang lain.

“Dia tak boleh ditegur, anda boleh tanya sesiapa…sesiapa yang berurusan dengan dia boleh tanya. Dia tak boleh terima pendapat semua orang”, tambahnya lagi.

Walaupun begitu, Tuanku Syed Sirajuddin tetap bertegas dengan pendiriannya memilih Azlan Man berbanding Ismail Kassim untuk menerajui negeri itu kerana tidak mahu seorang menteri besar boneka yang dikawal kuasa luar.

BACA JUGA :   Tok Mat & Khaled Nordin Terpaksa Dikorbankan Demi Jatuhkan Najib

Untuk rekod, Azlan memenangi kerusi DUN Pauh pada 2013 dengan majoriti 1,382 undi mengalahkan calon PAS, Idris Yaacob.

azlan man mb perlis
Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin

Tetapi, beliau beralih arah pada PRU14 lalu dengan bertanding di kerusi DUN Bintong. Beliau menang kerusi DUN apabila mendapat kelebihan 847, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Barisan Nasional kini memerintah negeri Perlis setelah mendapat majoriti 2/3 dengan memenangi 10 daripada 15 kerusi negeri yang ditandinginya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here