Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk membatalkan projek laluan kereta api laju (HSR) yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura seperti yang telah dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan tersebut kerana projek itu menelan belanja yang sangat besar.

“Kita perlu menamatkan projek-projek yang dirasakan tidak perlu, contohnya pembinaan laluan kereta api laju ini. Projek ini menelan belanja RM110 bilion dan tidak akan menguntungkan kita walau satu sen pun, oleh sebab itu ianya akan dibatalkan”, jelas beliau.

Kereta Api Laju
Kereta api laju (HSR) yang bakal menghubungkan KL-Singapura dalam masa 90 minit sahaja.

Mengikut perancangan, laluan HSR sejauh 350 kilometer itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 nanti selepas siap sepenuhnya.

BACA JUGA :   Ini Respon Sinis Yang Diucapkan Tun M Ketika Bertemu Zahid Hamidi

Susulan pembatalan HSR, kerajaan Malaysia harus membayar sejumlah pampasan kepada Singapura kerana perjanjian projek itu sudahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa zaman pentadbiran Najib Razak dahulu. Ketika ditanya, Tun M memberitahu jumlah pampasan adalah sekitar RM500 juta.

Langkah ini adalah sebahagian daripada perubahan drastik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam memulihkan kembali ekonomi negara yang dilaporkan menanggung beban hutang hampir RM1 trilion.

Kereta Api Laju
Peta laluan HSR yang sepatutnya dibina. Sumber foto : The Straits Times

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemotongan gaji jemaah menteri sebanyak 10% di samping menamatkan ratusan kontrak penjawat awam lantikan politik, serta membubarkan beberapa badan yang diwujudkan untuk kepentingan politik semata-mata seperti JASA, MPN dan JKKP.

Bukan sahaja HSR, malah projek-projek mega seperti Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan Lebuhraya Pan-Borneo juga akan dikaji semula oleh kerajaan Pakatan Harapan.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri
trx
Projek di sekitar TRX juga akan dikaji semula.

Jadi bagaimana pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan pembatalan HSR ini ataupun tidak ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here