Sejurus kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Piliham Raya Umum Ke-14, Menteri Kewangan baru Lim Guan Eng terus membuat penelitian secara lebih terperinci berhubung hutang negara. Kemudian mengumumkannya kepada masyarakat umum.

Hasil penelitian yang dilakukan mendapati hutang negara telah mencecah RM1 trilion. Keadaan ini bukan sahaja diketahui oleh rakyat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Adakah tindakan Menteri Kewangan itu akan menjejaskan ekonomi negara pada masa akan datang, seperti yang didakwa oleh bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sebelum ini?

lim guan eng

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata langkah itu sebenarnya membolehkan kerajaan baharu mengambil langkah konkrit untuk mengawal selia serta memperkukuhkan lagi tahap kewangan Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan akan menlaksanakan tugas mentadbir negara mengikut prinsip kecekapan, tanggungjawab dan ketelusan.

“kita mahu menjelaskan bahawa kerajaan baharu ini akan menjalankan pentadbiran berdasarkan kepada prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Beliau turut berkata bahawa tindakan yang dibuat itu tidak disenangi oleh Najib, tetapi beliau yakin dengan tindakan dilakukan itu kerana ia membolehkan kerajaan mengambil langkah lebih baik untuk kewangan negara.

“Keputusan mendedahkan perkara sebenar ini mungkin tidak disenangi oleh Najib namun kita percaya ia akan membolehkan kerajaan memperkukuhkan langkah konkrit untuk mengawal selia dan memperkukuhkan lagi keadaan kewangan negara,” ujar menteri kewangan itu.

Selain itu, Lim Guan Eng juga yakin jika mendedahkan perkara sebenar itu menunjukkan kerajaan bersikap telus dan boleh dipercayai, dan pelabur-pelabur asing juga akan bertambah yakin dengan pentadbiran kerajaan baharu.

“Saya yakin, sekiranya kita dapat tunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan hari ini telus dan boleh dipercayai, para pelabur akan lebih yakin untuk datang dan melabur di dalam negara ini.

“Kita tidak mahu sembunyikan dan palsukan kewangan. Kita mahu berterus-terang. What do you see is what are your going to get,” ujar beliau lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here