Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa untuk umat Islam merebut ganjaran pahala. Paling istimewa adalah pada malam 10 yang terakhir iaitu fasa ketiga dalam bulan Ramadhan. Keistimewaaan dan ganjaran diberikan di malam 10 terakhir wajib umat Islam rebut dan memperbanyakkan beribadah kepada Allah S.W.T
Rasullah S.A.W bersabda bahawa Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian diantaranya:
Pada 10 malam hari pertama di bulan Ramadhan ialah fasa mendapat Rahmat, kemudian 10 malam kedua di bulan Ramadhan ialah fasa pengampunan atau maghfirah dan 10 malam yang terakhir adalah fasa penghindaran diri dari seksa api neraka.
Justeru, mari kita lihat antara keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan:
#1. Diampuni Segala Dosanya
Fadhilat atau ganjaran yang diperolehi oleh orang Islam di malam 10 terakhir bagi yang berpuasa dan melaksanakan ibadah sunat lainnya seperti bersolat tarawih, solat tahajjud, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berzikir, dan sebagainya akan dihapuskan dosanya di masa lalu.
Inilah ganjaran yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya. Kerana manusia bukan maksum yang tidak melakukan kemungkaran dan dosa dan sebab itulah sepuluh malam terakhir Ramadhan ini adalah satu kesempatan untuk kita hapuskan dosa-dosa yang lalu.
#2. Doa Dimakbulkan
Hidup di dunia jangan dipersia-siakan dan 10 malam terakhir adalah kesempatan yang perlu direbut oleh setiap umat Islam untuk memohon dan bermunajat kepada Allah. Doa-doa umat Islam akan dikabulkan oleh Allah S.W.T sama ada doa untuk kebaikan di dunia mahupun kebaikan di akhirat.
#3. Dijauhkan Dari Api Neraka
Umat Islam yang beribadat di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan mengajak ahli keluarganya turut serta untuk beribadah, ia akan dijauhkan dari api neraka dan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Siapa yang mahu masuk api neraka? Jadi kita sebagai umat Islam kena rebut peluang ini untuk melaksanakan ibadat kepada Allah.
#4. Mendapat Pahala Kebaikan Seribu Bulan
Barangsiapa yang melakukan ibadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan dan ia mendapat malam lailatul qadar maka ia akan mendapat pahala atau kebaikan setimpal dengan kebaikan seribu bulan serta diampuni dosa-dosanya yang lalu.
Seperti hadis:
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar dalam keadaan iman dan mengharapkan balasan dari Allah S.W.T, diampuni dosa-dosa yang lalu”. (H.R Al Bukhari)
Selain itu, antara amalan-amalan yang dituntut kita lakukan di 10 malam terakhir bulan Ramadhan antaranya ialah:
- Beri’tikaf
- Mandi antara solat Maghrib dan Isya’
- Tidak melakukan jima’ atau bersetubuh dengan isteri
- Makan sedikit ketika berbuka
- Solat fardhu berjemaah
- Memperbanyakkan solat-solat sunat
- Bersedekah
- Tolong menolong dan menyambung tali silaturahim
Oleh kerana itu, kita hendaklah memperbanyakkan ibadat di malam 10 hari yang terakhir. Kita mesti berjuang untuk mendapatkan lailatur qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Insya Allah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :
???
Facebook : Stokis JRM Johor.
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp : wasap.my/60132002695