Perlis

Setelah hampir sebulan kemelut politik di negeri utara semenanjung Malaysia tercetus, akhirnya mencapai jalan penyelesaian apabila kesemua Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri ini mencapai kata sepakat menyokong Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar seperti mana yang telah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Majlis sembah menghadap kesemua ADUN BN berlangsung dalam suasana yang tenang dan harmoni. Walaupun tanpa kehadiran Datuk Ismail Kassim, ADUN Tambun Tulang, namun beliau tetap memberikan sokongan terhadap pelantikan MB Perlis tersebut,

Kesemua ADUN BN telah membuat keputusan bersama untuk menjunjung titah Tuanku Syed Sirajuddin dalam pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar.

BACA JUGA :   Rumah Sudah Siap, Tapi Pahat Masih Berbunyi: Apa Rakyat Mahu Dari Kerajaan?

Keputusan ini telah dibuat sebelum mereka diterima menghadap baginda, Raja Perlis di Istana Arau, Perlis bagi menyelesaikan isu salah faham sebelum ini.

Mereka(ADUN) tidak mahu memanjangkan kemelut ini dan membentuk sebuah kerajaan negeri yang sempurn dan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat dibentuk dengan segera.  Perlantikan ini dijangka akan dilakukan pada minggu hadapan.

Berikutan itu, Azlan yang juga ADUN Bintong, diminta mengulas isu tersebut dan beliau menyatakan secara ringkas “Semuanya positif”.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim telah dimaklumkan akan keputusan kesemua ADUN tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   PAS Isytihar Cuti 10 Mei Jika Berjaya Tawan Terengganu

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here