Semakin hari semakin banyak cara atau gaya hiasan yang digunakan oleh masyarakat kita pada hari ini. Lebih-lebih lagi gaya hiasan ibu bapa pada zaman modern kini, hiasan tu dah menggunakan konsep-konsep modern. Cuba gunakan gaya hiasan klasik ini ditambah pula dengan gaya modern sedikit, pasti menarik.

#1. Kad Raya

Masih ingat tak kad hari raya Aidilfitri yang kita perolehi daripada rakan-rakan mahupun saudara-mara kita dahulu kala? Apa yang kita buat dengan kad tersebut? Haa mesti ada yang lupa kan.

Masa tu bila nak sampai waktu hari raya ramai yang beria-ia nak bagi kad raya kat kawan-kawan, ada juga yang hanya menunggu kada raya haha..masa tu juga siapa yang dapat kad raya paling banyak kiranya dialah yang paling popular.

aidilfitri

Guna lah kad raya tu sebagai salah satu perhiasan rumah korang. Ramai yang dah tak gunakan gaya hiasan macam ni. Kalau korang buat mesti ramai yang kagum malah memberi pujian kepada anda sebab hiasan seperti ini dah jarang kita temui.

Tak perlu beli pun barang-barang mahal untuk hias rumah, guna kaedah ni pun dah cukup menarik untuk persiapan hari raya korang.

#2. Lampu Kelap-Kelip

Lampu kelap-kelip ni popular juga, rumah yang mempunyai lampu kelap-kelip ni mesti menarik tumpuan orang ramai. Lebih-lebih lagi rumah kawasan kampung ni, memang sangat menarik, menyerlah dari jauh lagi hehe..

Kalau raya tahun lepas tak buat tahun ni kena buat pula, mesti jiran sebelah rumah tu senyum lebar tengok rumah korang. Bila nak pasang tu pastikan keliling rumah, sekali dalam setahun saja tak payah risau lah.

#3. Pelita Jalan

Pelita jalan ni pun salah satu gaya hiasan terbaik, kalau kat kampung tu memang sangat sesuai lah. Tapi biarpun duduk kat kawasan bandar korang boleh juga adaptasi tradisi Malam Tujuh Likur yang biasanya dibuat di kampung-kampung. Tengok kesesuaian lah kan? dan paling penting sambut Aidilfitri tu.

Tapi, adakah tujuan sebenar pelita ini dipasang hanya semata-mata perhiasan saja? Ada juga yang berpendapat bahawa tujuan pelita dipasang adalah untuk memudahkan orang ramai ke masjid pada 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar.

Jangan pening-pening, lakukan saja dan yang paling penting adalah niat korang tu hehe..mungkin kali ini korang boleh wujudkan semula suasana itu.

#4. Ketupat Raya

Membuat ketupat ni merupakan perkara yang tidak pernah dilupakan apabila tiba waktunya menyambut lebaran Hari Raya Aidilfitri. Dulu-dulu ramai ibu-ibu dan anak dara akan berkumpul beramai-ramai untuk membuat ketupat ni.

Kalau rajin tu buat lah ketupat riben kat rumah, hasilkan dengan pelbagai warna pilihan yang anda suka. Kalau dah siap nanti boleh lah terus gantung kat dalam rumah, pintu luar rumah, pagar rumah, tiang rumah dan mana-mana tempat yang korang suka.

Ketupat tu juga korang boleh gantung bersama-sama kad raya tadi, lagi nampak menarik kan? Hehe ceriakan rumah korang dengan ketupat tradisi ini.

Bagi mereka yang masih terfikir-fikir gaya hiasan rumah tu boleh lah menggunakan kaedah ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua. ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.’

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

???

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here