Ketahui Fadhilat Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

0
1023

Setelah hampir sebulan umat Islam megerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan, tidak bermakna di bulan Syawal umat Islam tidak boleh meneruskan ibadat tersebut.

Puasa enam atau puasa sunat Syawal banyak ganjaran dan fadhilatnya. Hukum mengerjakannya adalah sunat dan ianya bukannya wajib. Namun, fadhilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. dan banyak kelebihannya. Antaranya ialah,

Syawal

#1. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda

Seperti: Riwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa enam hari bulan Syawal, ertinya, ia telah berpuasa selama setahun penuh”.

Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud,at-Tirmidzi,an- nasa’I dan Ibnu Majah.

Syawal

#2. Menyempurnakan Puasa Di Bulan Ramadhan

Al- Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan.

Terdapat beberapa pandangan ulama mengenai puasa enam iaitu, seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadhan perlu menyambung puasanya (puasa enam hari di bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan hari raya Aidilfitri. (mazhab al-Syafi’e dan Imam Nawawi)

BACA JUGA :   SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA!

Syawal

#3. Manusia Tidak Lupa Menunaikan Puasa Sunat Lain

Dengan syariat disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, umat Islam akan terlatih untuk mengerjakan ibadat sunat-sunat puasa lain.

Umat Islam berkemungkinan akan melupakan untuk meneruskan ibadat puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri.

Oleh itu, melalui puasa enam Syawal, sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus beristiqamah berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan untuk berpuasa.

Syawal

#4. Bersederhana Dalam Menyambut Aidilfitri

Mendidik diri supaya bersederhana dalam menyambut Aidilfitri. Aidilfitri diraikan sebagai tanda kesyukuran kemenangan dalam menempuhi Ramadhan yang lalu. Namun ia bukan bermakna umat Islam harus meraikannya selama sebulan penuh dalam bulan Syawal.

Sebolehnya, puasa sunat sudah bermula pada 2 Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. Hal ini menunjukkan bahawa kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawal tersebut.

Di bulan Syawal, puasa sunat enam menjadi keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Dengan itu, ibadat ini sebaiknya dilakukan segera dan lebih afdal dilakukan secara berterusan atau berselang.

BACA JUGA :   Salam Hari Raya Aidiladha Daripada Kami untuk Semua

Firman Allah s.w.t, bermaksud:

“ Segeralah kamu kepada ( mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (kearah mendapatkan ) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Ali Imran:133)

Syawal

*Bagi golongan wanita yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan atas sebab- sebab tertentu, (datang Haid) sebaiknya menggantikan puasa itu terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal. Niat puasa ganti (Qada’) dahulu yer.

Semoga segala ibadat kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here