bernas monopoli

Setelah lebih daripada dua dekad mengawal penjualan beras oleh petani tempatan dan mengawal import beras, model baharu bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengurangkan monopoli pasaran beras oleh Bernas.

Jika pada sebelum ini, Bernas memonopoli pasaran beras dalam negara menerusi penjualan beras oleh petani tempatan serta mengimport bekalan beras daripada luar negara bagi menyeimbangkan harga beras.

Model yang bakal diperkenalkan ini dilihat mampu menjadikan harga beras jauh lebih murah kerana beras dipasarkan ke pasaran terbuka berbanding sebelum ini yang menyaksikan pasaran dipegang sepenuhnya oleh Bernas, menurut Salahuddin lagi.

Pemecahan monopoli itu dilihat mampu memberikan pendapatan kepada syarikat yang terlibat dalam industri beras negara seterusnya mencipta persaingan yang lebih sihat. Model itu katanya akan diperkenalkan menjelang Ogos ini.

Satu sesi rundingan akan dibuat dengan pihak Bernas bagi membincangkan mekanisme yang terbaik bagi memantau pasaran beras negara memandangkan perjanjian konsensi Bernas akan tamat pada 2021.

Baru-baru ini, Salahuddin mengatakan bahawa sebuah jawatankuasa akan diarahkan untuk merangka sebuah odel baharu yang mengantikan perjanjian konsensi Bernas ini akan dibincangkan di peringkat kabinet sebelum dijelaskan kepada rakyat mengenai peranan Bernas serta model baharu yang akan diperkenalkan nanti.

Bernas Masih Relevan

Walau bagaimana pun, Bernas masih lagi kekal dengan pendirian bahawa sistem yang telah diguna pakai sejak penubuhannya masih relevan dalam mengawal harga beras negara. Ketua Pengarah Eksekutifnya, Ismail Mohamed Yusof berkata bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu mengenai pemecahan monopoli oleh Bernas.

Menurutnya lagi, harga beras sudah cukup rendah dan sebarang penurunan lagi akan menjejaskan pendapatan petani. Harga semangkuk beras pada ketika ini adalah sebanyak 26 sen. Harga tersebut tidak boleh turun lagi berikutan kos yang meningkat.

Penurunan harga beras bukanlah sesuatu yang baik kerana pendapatan petani akan berkurangan kerana terpaksa menjual padi pada harga yang lebih rendah. Bernas juga membeli beras yang telah dijangkiti penyakit sebagai tanggungjawab sosial bagi mengurangkan kerugian petani, katanya lagi.

Bernas berperanan menjadi satu-satunya pengimport beras dalam negara. Monopoli ini dilihat tidak memberi peluang kepada pengusaha beras tempatan yang dilihat boleh memajukan ekonomi negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here