tanpa tunai

Bayangkan, anda keluar untuk membeli sarapan pagi di gerai kegemaran anda pada pagi hujung minggu. Kalau dahulu, anda membayar menggunakan wang tunai, tetapi kini anda hanya menggunakan telefon pintar untuk membayar nasi lemak dan kuih yang anda beli, tanpa tunai.

Transaksi tanpa tunai dengan e-wallet ini diperkenalkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada mata wang fizikal yang hanya ‘memberatkan’ poket dengan duit yang berat. Selain itu, risiko keciciran duit daripada dalam poket juga boleh dielakkan dengan e-wallet ini.

Dahulu, transaksi tanpa tunai ini hanyalah dengan menggunakan kad; sama ada kad debit atau kredit, atau pun dengan kad prabayar seperti kad Touch n’ Go yang digunakan di plaza tol. Kini, transaksi tanpa tunai boleh dilaksanakan dengan menggunakan peranti pintar.

Beberapa syarikat telah menawarkan fungsi tanpa tunai menggunakan peranti pintar sama ada dengan cara menghubungkan dengan akaun bank atau pun dengan menggunakan kaedah prabayar.

Teknologi ini masih agak kurang digunakan di Malaysia berbanding negara seperti China yang telah memanfaatkan teknologi tanpa tunai ini dalam hampir semua urusan transaksi yang melibatkan tunai.

Kelebihan Berbanding Tunai Fizikal

Transaksi tanpa tunai menggunakan e-wallet ini memounyai beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai terutamanya yang sentiasa sibuk dalam urusan seharian.

BACA JUGA :   VIRAL! “USB Otak Ikan” Ciptaan Pelajar Jepun Ni Sebenarnya Adalah…

#1. Jimat Ruang

Sebahagian daripada kita mempunyai lebih daripada satu kad kredit atau debit di dalam dompet dan ada kalanya, kad ini hanya memberatkan dompet yang kita bawa setiap hari. Dengan e-wallet ini, penggunakan boleh meninggalakn terus kad bank dan hanya menggunakan peranti pintar untuk melaksanakan transaksi.

E-wallet ini telah menyimpan maklumat-maklumat mengenai maklumat kewangan pengguna yang disulitkan(encrypted) di dalam peranti pintar. Pengguna hanya perlu membuat pengesahan sama ada menggunakan kata laluan atau dengan ‘swipe’ peranti pada terminal pembayaran di premis.

#2. Jaminan Keselamatan

Penggunaan e-wallet ini akan mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap mata wang fizikal. Wang yang dibawa di dalam dompet akan menjadi tidak banyak kerana maklumat tunai telah disimpan di dalam e-wallet. Sekiranya dompet dicuri atau telah hilang, jumlah kerugian juga tidaklah terlalu banyak.

Maklumat mengenai kewangan seperti kata laluan, nombor ID e-wallet, dan juga nombor akaun bank juga dijamin selamat. Segala maklumat sensitif ini telah disulitkan(encrypted) bagi membolehkan maklumat ini disimpan di dalam peranti. Maklumat ini hanya boleh diakses oleh pengguna atau pihak bank dan penyedia perkhidmatan e-wallet.

#3. Cepat dan mudah

Pembayaran akan menjadi lebih cepat dan mudah dengan adanya e-wallet. Tidak lagi perlu mengambil masa untuk mengambil dan mengeluarkan tunai daripada dompet. Pengguna hanya perlu bersiap dengan peranti, masukkan maklumat pembayaran, membuat pengesahan, dan selesai. Mudah dan menjimatkan masa.

BACA JUGA :   Perang Antara Kuasa Ini Akan Menghuru-Harakan Malaysia Kelak!

Pembayaran tanpa tunai juga akan menjadikan urusan di kaunter pembayaran menjadi lebih singkat. Automasi pembayaran di kaunter juga boleh dibuat dengan adanya kemudahan e-wallet ini.

#4. Insentif dan promosi

Antara cara yang digunakan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet ini untuk menggalakkan orang ramai menggunakan fungsi e-wallet ini adalah dengan menawarkan pelbagai insentif dan rebat.

Rebat dan insentif ini boleh ditebus sekiranya pengguna lebih kerap membayar perkhidmatan dengan menggunakan fungsi e-wallet. Ada juga penyedia perkhidmatan yang memberikan diskaun tertentu kepada penggunakan sekiranya mereka membuat pembayaran tanpa tunai di premis tertentu.

Teknologi e-wallet ini masih kurang sambutannya di malaysia. “Cash is king” mungkin sesuai digambarkan berdasarkan trend penggunaan e-wallet di Malaysia dan sekitar rantrau asia tenggara. Kemudahan ini dilihat bakal merevolusikan perkhidmatan kewangan dengan lebih banyak lagi penyedia perkhidmatan yang akan membuat kemunculan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here