Sikap malas seorang guru telah mengundang bencana apabila perkara tersebut telah menyebabkan sekumpulan murid sekolah tersebut mengambil tindakan luar biasa terhadap guru mereka. Situasi yang berlaku di Sekolah Rendah Anuban La-ngu, daerah Satun,Thailand apabila murid-murid itu melakukan protes terhadap gurunya yang mempunyai sikap malas lagi menjengkelkan.

malasLebih mengejutkan, tindakan protes itu bukan semata-mata bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan atau setakat tindakan disiplin. Sekumpulan murid tersebut meminta agar guru mereka terus dipecat!

Kejadian 21 Jun itu menyaksikan sekumpulan murid-murid berhimpun menunggu guru mereka yang dikenali sebagai Cikgu Chantana di hadapan sekolah. Mereka dengan semangat penuh membara memegang sepanduk dan melakukan tunjuk perasaan sebagai tanda protes terhadap guru tersebut.

malas

Antara tulisan berbaur tidak puas hati yang terdapat pada papan sepanduk tersebut menyatakan bahawa mereka tidak mahu diajar oleh guru itu lagi. Ada juga secara terang-terangan meminta guru tersebut untuk pergi dari sekolah tersebut.

BACA JUGA :   DidikTV Alternatif Pendidikan Sewaktu PdPR

Kenyataan yang paling menggelikan hati apabila ada juga diantara murid tersebut yang mempersoalkan permintaan guru tersebut yang meminta dia diurut ketika sesi pembelajaran berlangsung. Keterlaluan bukan?

Disebabkan keadaan murid-murid yang kelihatan agak agresif, guru tersebut tidak mampu melakukan apa-apa tindakan kerana merasa terkejut dengan kejadian seumpama itu. Beliau hanya mampu merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

malas

Pihak polis tiba di kawasan kejadian setelah menerima laporan mengenai insiden kenderaan yang dinaiki oleh guru malang tersebut telah dihalang dan bejaya dileraikan pada pukul 9 pagi waktu tempatan.

Antara perbuatan guru tersebut yang telah membangkitkan amarah murid-murid itu termasuklah bersikap biadab dengan memaki hamun serta menggunakan bahasa kesat, menyakiti dengan menggunakan pensel tajam dan bergayut di telefon sepanjang hari. Guru berkenan telah digantung tugas sehingga siasatan dari pihak Bahagian Pendidikan tamat.

BACA JUGA :   Susulan Kes Pelajar Mati Gantung Diri, Guru, suami dirakam percakapan bantu kes

Begitulah kisah guru malang tersebut. Sewajarnya murid-murid di negara ini merasa beruntung apabila guru-guru mendenda mereka.  Kadangkala bukan saja soal pelajaran dititikberatkan, malahan kebajikan pelajar juga dijaga dengan sebaik mungkin. Masihkah kita merungut? Renungkan.

Sumber berita: https://lobakmerah.com

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here