Selepas detik 9 Mei, satu demi satu kesilapan pihak BN dibongkarkan ke keadilan. Keadaan ekonomi negara yang merosot teruk membawa kepada pendedahan satu demi satu isu rasuah yang disimpan oleh pihak BN. Akhirnya, Gerakan membuat keputusan untuk meninggalkan jentera BN ini.
Ulasan daripada Dr. Chin Fook Weng membuat kenyataan bahawa parti Gerakan adalah sebuah parti yang menentang sebarang unsur rasuah. Agak mengejutkan kerana keputusan yang dibuat kelihatan agak drastik setelah hampir 46 tahun menjalinkan kerjasama bersama parti BN.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dihentam rakyat setelah pihak polis melakukan proses siasatan serta rampasan besar besaran terhadap aset yang berkenaan dengan 1MDB. Hasil rampasan termasuk barangan mewah dan sejumlah besar wang tunai yang menjadi bukti berlakunya penyelewengan dalam institusi kewangan yang meninggalkan hutang anggaran RM 1 trillion.
“Kami selama ini sangat Malaysia dan bersungguh-sungguh menentang rasuah. Kami bersuara setiap kali ada sesuatu yang tidak kena. Ia menyebabkan kami bertelingkah dengan parti-parti lain.- Pendedahan skandal demi skandal BN punca Gerakan keluar, Looi Sue-Chern, 27 Jun 2018
Beliau merupakan veteran Gerakan yang berani meluahkan pandangan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh BN yang terdahulunya diterajui oleh golongan yang dianggap bijak pandai tetapi sayangnya tidak mampu untuk membendung parti tersebut untuk keluar daripada BN.
“Kami buka jalan diam-diam. Banyak jalan yang kami buka dan banyak isu yang diselesaikan tetapi orang tidak tahu kerana kami tidak menghebohkannya. – Pendedahan skandal demi skandal BN punca Gerakan keluar, Looi Sue-Chern, 27 Jun 2018
“Kami selama ini sebuah parti pelbagai kaum yang menyuarakan keprihatinan kami dan memperjuangkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama yang menghargai setiap rakyat Malaysia sebagai sama rata. – Pendedahan skandal demi skandal BN punca Gerakan keluar, Looi Sue-Chern, 27 Jun 2018
Maka terbuktilah Gerakan lebih banyak menjadi penonton kepada drama-drama yang dimainkan dalam parti BN dengan cara mengkritik parti yang pernah berjasa besar kepada negara itu secara ‘halus-halusan’. Maka kita nilai sendiri samada tindakan gerakan itu memadai atau sekadar memburukkan keadaan yang sedia buruk.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :