Berkaitan isu rampasan wang tunai milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Razak masih kabur. Pihak polis memberi kenyataan bahawa dakwaan mengenai wang rampasan yang dikatakan ada kena mengena dengan pihak Umno masih belum sahih.

Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu tersebut ketika diwawancara oleh pihak media.

Najib
Sumber: https://www.malaysiakini.com

“Kami tidak tahu sebab tiada tulis ‘Umno’ (pada wang tersebut),”- Polis: Tiada label ‘Umno’ pada wang yang dirampas, Malaysia Kini, 27 Jun 2018.

Najib

Beliau dengan tegas ingin menangani khabar angin yang bertebaran mengenai isu wang rampasan tersebut selagi belum tamat siasatan penuh. Sekiranya ada pihak yang masih meneruskan dakwaan demi dakwaan mengenai kaitan UMNO dan wang rampasan, sila tampil dengan keterangan.

Nilai keseluruhan berangan itu mencecah RM686.37 juta termasuk 12,000 barang kemas. Susulan serbuan di tiga unit kondominium Pavilion Residence di Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu, beberapa pihak mendakwa wang tunai yang dirampas adalah milik Umno – bukannya milik individu dan untuk digunakan dalam PRU ke-14.- Polis: Tiada label ‘Umno’ pada wang yang dirampas, Malaysia Kini 27 Jun 2018

Isi ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai tanda tanya dan sedikit sebanyak mencabar kredibiliti pihak polis dalam menyiasat kes ini. Kes ini memerlukan kenyataan sahih dari pihak-pihak yang berkait rapat dan perlu di nilai secara teliti.

Dalam tempoh masa yang singkat, masyarakat perlu memberi masa serta kepercayaan yang sepenuhnya bagi memudahkan proses penyiasatan kerana kenyataan-kenyataan tidak rasmi yang bercampur baur dengan unusr spekulasi dilihat sebagai gangguan bagi siasatan.

Najib

Isu wang rampasan ini tidak ‘mati’ setakat Umno sahaja. Kes dikaitkan dengan isu skandal 1MDB yang telah pun menjadi perbualan hangat sebelum kerajaan lama bertukar tampuk pemerintahan lagi.

Demi menegakkan keadilan serta menunaikan manifesto pilihan raya, pihak kerajaan secara terus-menerus membongkar satu-persatu isu berkaitan 1MDB. Dalam masa terdekat, Dato’ Seri Najib dan isteri akan dibawa ke muka keadilan bagi membantu siasatan dalam kes 1MDB.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here