Lesu di tempat kerja adalah perkara yang paling tidak disukai oleh kebanyakan orang. Hal ini kerana, ianya mampu memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kerja seseorang.

Perkara ini juga berkait rapat tentang pandangan majikan terhadap diri anda. Anda mungkin akan kehilangan kerja sekiranya masalah ini terus berlarutan.

Oleh itu, jom lihat apa faktor utama yang membuatkan anda lesu di tempat kerja.

#1. Mengabaikan sarapan pagi

Persepsi bahawa sarapan pagi tidak penting, bangun lewat, sibuk dengan urusan lain sehingga tidak sempat bersarapan merupakan faktor utama anda mengabaikan sarapan pagi.

Kajian menunjukkan bahawa anda seharusnya mengisi perut dengan hidangan yang sesuai lebih kurang sejam ataupun satu jam setengah selepas bangun dari tidur.

Pilihlah makanan yang sesuai sepeti bijiran ataupun buah-buahan kerana ianya dapat memberikan anda tenaga untuk bertahan selama lebih kurang 10 jam di pejabat.

#2. Tidur lewat malam

Amalan tidur lewat juga boleh menyebabkan anda lesu apabila berada di tempat kerja. Boleh dikatakan ramai di antara kita yang tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan yang tidak sempat diselesaikan pejabat.

Anda memerlukan tidur yang cukup setelah penat seharian bekerja. Tidur lewat malam juga boleh menyebabkan anda berpotensi untuk mendapat penyakit jantung, strok, darah tinggi dan banyak lagi.

#3. Amalan pemakanan yang kurang sihat

Lesu di tempat kerja

Kebanyakan daripada anda yang begitu sibuk bekerja lebih gemar memilih makanan ringan dalam diet seharian. Makanan ringan mempunyai kandungan garam dan gula yang agak tinggi.

Ianya boleh mengurangkan nutrisi yang diperlukan oleh badan sehingga anda menjadi lemau dan berasa malas untuk melakukan sesuatu kerja. Elakkan mengambil begitu kerap makanan ringan agar anda dapat mengekalkan tenaga yang banyak ketika di pejabat.

Anda boleh mengubah cara pemakanan anda dan banyakkan mengambil hidangan yang kaya dengan zat besi.

#4. Kurang minum air putih

Lesu di tempat kerja

Salah satu punca lain yang menyebabkan anda lesu di tempat kerja juga adalah disebabkan kurangnya minum air putih. Perkara ini selalu dipandang ringan oleh kebanyakan orang.

Badan yang kekurangan air akan memberi kesan terhadap kepekatan darah seterusnya melambatkan pengaliran oksigen dalam seluruh badan. Kesannya, tubuh anda akan menjadi kurang bertenaga.

#5. Stres dan terlalu banyak berfikir

Kegagalan menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan sempurna boleh menyebabkan anda stres ataupun terlalu banyak berfikir.

Pada umumnya, anda akan merasakan bahawa sesuatu perkara itu sebagai bebanan yang sangat besar dan tidak dapat dilupakan sehinggalah otak menjadi penat.

Apabila otak tidak dapat rehat secukupnya, ia akan memberikan kesan terhadap dalaman anda. Elakkan berasa tertekan dan cuba meminta pendapat daripada majikan dan rakan sepejabat untuk mengelakkan diri daripada terus berasa tertekan.

#6. Terlalu mementingkan kesempurnaan

Lesu di tempat kerja

Terlalu mementingkan kesempurnaan dalam setiap apa yang kita lakukan ada baik dan ada juga buruknya. Perkara ini boleh menemui kegagalan apabila anda terus mengejar kesempurnaan tanpa menggunakan cara yang betul dalam usaha untuk mencapainya.

Kesannya, tubuh badan dan mental anda menjadi sangat penat serta kesempurnaan dalam sesuatu pekerjaan juga masih tidak dapat dicapai.

#7. Persekitaran pejabat

Lesu di tempat kerja

Persekitaran pejabat memainkan peranan yang penting terhadap prestasi kerja anda. Keadaan bilik yang padat, meja yang berselerak dan sikap terlalu serius di pejabat boleh menyebabkan anda sendiri tidak bersemangat dan lesu.

Apa yang wujud dalam fikiran anda hanyalah kerja tanpa dan tidak perlu untuk bersosial dengan rakan sepejabat yang lain. Cuba pastikan bahawa bilik dan meja anda sentiasa kemas dan rapi.

Kalau boleh, bersantailah ketika menyiapkan tugasan namun pada masa yang sama, pastikan kerja anda disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan kerana ianya akan membuatkan anda berasa lebih seronok ketika di pejabat.

Oleh itu, cuba kenalpasti adakah diri anda sedang menghadapi masalah di atas jika  semasa di pejabat. Sesungguhnya, keseronokan ketika melakukan tugasan di pejabat memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi kerja anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here