Kredit foto : Sinar Harian
TIADA PERUNTUKAN UNTUK NEGERI PEMBANGKANG ?

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun baru-baru ini mengumumkan bahawa peruntukan RM100 juta untuk kemajuan kampung-kampung hanya diberikan kepada negeri di bawah pentadbiran pakatan sahaja, buat masa sekarang.

Peruntukan untuk negeri pembangkang pula ditangguhkan buat sementara kerana kerajaan masih mengkaji mekanisme yang sesuai untuk menyalurkan dana.

Jika melihat kepada keputusan PRU-14 yang lalu, hanya ada 5 negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Perlis, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

PERUBAHAN BARU DI BAWAH KEMENTERIAN

Beberapa perubahan turut diperkenalkan dalam struktur pengurusan kampung-kampung.

Antaranya termasuklah pemberian nama baru kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan  (JKKK), yang kini akan dikenali sebagai Majlis Pembangunan Komuniti Kampung.

BACA JUGA :   Makanan Tradisi - Keenakan Ubi Telampong Di Negeri Kedah
peruntukan
JKKK kini ditukar kepada MPKK.

Daripada peruntukan yang diberikan ini, setiap kampung boleh memohon geran sebanyak RM10,000.

Ketua kampung akan diberikan elaun bulanan RM500, manakala setiausaha pula akan mendapat RM300. Kampung akan mendapat RM100 untuk penganjuran mesyuarat dan bayaran kehadiran sebanyak RM50.

peruntukan
Peruntukan untuk penganjuran mesyuarat di peringkat kampung juga diberikan.

“Mereka yang bertanggungjawab ke atas kampung perlu memohon geran.

“Dana itu adalah untuk mereka membangunkan ekonomi kampung mereka,” kata Rina Harun.

Justeru, pemilihan ketua kampung adalah terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing.

Berkaitan dengan usaha memperkasakan wanita seperti mana manifesto PH, Rina berkata sekurang-kurangnya 30% daripada ketua kampung perlu dilantik dari kalangan wanita.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here