Bahana dari perbuatan menari di tembok masjid, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah menjatuhkan hukuman bayaran denda sebanyak RM 25 terhadap kedua-dua pelaku tersebut Rabu lalu. Perbuatan dua guru tarian yang berasal dari negara China yang menari tarian Kpop di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabtu lalu telah membangkitkan kemarahan umat Islam dan juga mengundang hentaman dari pihak netizen.

masjid
Sumber gambar: http://www.astroawani.com

Dua wanita yang berusia 25 tahun dan 37 tahun itu mengaku bersalah dihadapan Majistret Cindy Balitus diatad pertuduhan berkelakuan tidak sopan di atas tembok masjid sekitar pukul 4 petang waktu tempatan pada hari Sabtu lepas.

“Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam. Kedua-dua mereka membayar denda tersebut dan dibebaskan sebelum kembali ke China jam 8 malam tadi.”-Astro Awani, 28 Jun 2018

masjid

Keadaan mengejutkan itu telah menyebabkan pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu  telah mengeluarkan keputusan untuk ‘menutup pintu’ masjid berkenaan bagi tujuan lawatan para pelancong. Arahan berkuat kuasa serta-merta.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Secara keseluruhannya hukuman berbentuk bayaran denda adalah sesuatu yang tidak berbaloi kerana kesalahan berikut  mungkin akan berulang sekali lagi. Sewajarnya pelancong asing yang ingin mengunjungi rumah ibadat seharusnya dipantau melalui kehadiran pemandu pelancong tempatan.

masjid

Hal ini akan memudahkan urusan pelancong untuk mengetahui hal berkaitan sensitiviti agama yang dianuti oleh penduduk negara yang dikunjungi. Perkara sebegini bukan sahaja patut diwujudkan semata-mata untuk rumah ibadat umat Islam malahan agama lain demi menjaga kesucian agama tersebut.

Sebelum kita melakukan sesuatu, kita seharusnya berfikir terlebih dahulu tentang kesan sesuatu perbuatan. Kerana itulah didikan moral dan sikap saling menghormati adalah sesuatu yang amat penting dalam diri seseorang. Dasar keterbukaan yang ditonjolkan seharusnya mempunyai batasan yang sesuai untuk difahami serta dipatuhi.

BACA JUGA :   Adakah Lambakan Pelaburan China Jadi Bukti Bahawa Negara Sedang Tergadai ?

Secara asasnya, sekiranya sensitiviti sesebuah agama tidak difahami dengan secara menyeluruh, bukankah sikap hormat itu seharusnya sebati dalam diri setiap individu? Pengajarannya, tidak kira dimana kita berada sikap hormat terhadap agama lain harus dijadikan pegangan bagi memelihara maruah diri dan juga agama.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here