Terkini, enam lagi jenama sardin dalam tin dikenalpasti telah dicemari dengan cacing. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan sardin dalam tin jenis mackerel itu mengandungi cacing Filim Nematoda dari jenis Anisakis spp.
Jenama yang telah disahkan tercemar adalah Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Star, Cinta dan TC Boy. Walaubagaimanapun beliau memberitahu bahawa risiko untuk kesihatan terjejas mungkin rendah setelah cacing berkenaan telah mati ketika proses memasak sardin dalam tin tersebut.
“Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.– 6 lagi jenama sardin ada cacing, BH online, Noor Atiqah Sulaiman, 29 Jun 2018
“Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan,”– 6 lagi jenama sardin ada cacing, Noor Atiqah Sulaiman, BH Online, 29 Jun 2018
Beliau menjelaskan bahawa tindakan ‘Tahan, Uji dan Lepas’ akan dilakukan terhadap produk ikan yang diimport di semua pintu masuk antarabangsa. Usaha ini dilihat sebagai langkah yang cukup bijak dalam menangani kes sebegini.
“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.- 6 lagi jenama sardin ada cacing, Noor Atiqah Sulaiman, BH Online, 29 Jun 2018
Tindakan sebegini sepatutnya dilakukan secara lebih berkala dan meluas. Bayangkan, ini yang kita nampak secara kasar. Bagaimana dengan makanan tin yang lain-lain? Itu baru sahaja makanan tin. Belum lagi kes-kes yang melibatkan makanan siap diproses seperti air kotak dan sebagainya sebelum ini.
Pengguna bertanggungjawab terhadap barang yang mereka beli, pembekal bertanggungjawab terhadap kualiti barang yang dibekal dan kementerian pula bertanggungjawab terhadap pemeriksaan piawaian sebelum sesuatu produk berada dalam pasaran. Dalam kes ini, siapa patut kita salahkan? Tepuk dada tanya selera.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :