Isu yang menjadi sebutan hangat dan punca ramai ahli UMNO memilih untuk mengucapkan ‘salam perpisahan’ tidak lain tidak bukan bersangkut paut dengan isu politik wang. Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff menjelaskan bahawa beliau sedikitpun tidak tergugat dengan hal-hal berkenaan.

Kemelut peletakan jawatan dalam politik UMNO nampaknya semakin meruncing. Ramai dianatara ahli UMNO Bahagian Sungai Petani mengambil keputusan untuk keluar dari parti, termasuklah Naib Ketua Bahagian bersama tiga lagi ketua sayap UMNO.

Shahanim
Sumber gambar: https://www.bharian.com.my

Beliau menyangkal dakwaan berkenaan dengan menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan bersifat tidak berasas dan keterlaluan.

“Saya tidak berasa terjejas dengan tindakan mereka, malah menunggu surat peletakan jawatan rasmi bagi melantik ketua sayap baharu yang bersedia bekerja dengan saya demi melancarkan tugas UMNO bahagian,” katanya.-Tunjuk bukti berlaku politik wang – Shahanim, BH Online, 2 Julai 2018

Berbekalkan amanah yang diberikan oleh pihak perwakilan, beliau merasa yakin bahawa jawatan yang diberikan tidak lain tidak bukan bertepatan dengan keperluan perubahan di bawah pimpinan golongan belia, dan pada masa yang sama segala budi yang pernah ditanam terhadap parti dan rakyat lebih dari sedekad.

BACA JUGA :   Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?

Shahanim

Pergolakan ini menjadi semakin kritikal setelah 4 lagi ahli UMNO mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan. Naib Ketua UMNO Bahagian, Muhamad Effendi Mashum bersama Ketua Wanita, Wan Mohalina Wan Mohamad; Ketua Pemuda UMNO, Mohd Rahmat Darus dan Ketua Puteri UMNO, Mashitoh Mohamad Yusoff telah mengumumkan berita tersebut semalam.

Susulan daripada tindakan meletakkan jawatan ini, beliau menegaskan agar keempat-empat mereka mempercepatkan proses penghantaran surat jawatan berkenaan.

“Saya tidak berasa terjejas dengan tindakan mereka, malah menunggu surat peletakan jawatan rasmi bagi melantik ketua sayap baharu yang bersedia bekerja dengan saya demi melancarkan tugas UMNO bahagian,” katanya.-Tunjuk bukti berlaku politik wang – Shahanim, BH Online, 2 Julai 2018

Shahanim

Dalam masa yang sama, , Datuk Shahanim Mohamad Yusoff menjelaskan bahawa tuduhan mengenai politik kewangan perlu dikemukakan dengan bukti yang kukuh. Seharusnya laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO dilakukan sekiranya pihak yang membuat tuduhan inginkan tindakan diambil termasuklah dipecat.

BACA JUGA :   Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?

Shahanim yang merupakan kakak kepada Mashitoh dilantik sebagai Ketua UMNO bahagian Sungai Petani dalam pemilihan UMNO bahagaian sungai petani setelah menewaskan , Datuk Abd Rahim Saad sebagai penyandang terdahulu, manakala Mohd Rodhi Rejab telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here