Trend Cincin Kahwin ‘Rare’ Dari Luar Negara Elak Curang

0
2373
Sumber: https://topbanger.com

Anda pernah dengar tentang cincin kahwin ‘rare’?

Budaya luar mendatangkan satu trend cincin kahwin ‘rare’ yang ditindik masuk ke dalam jari untuk mengelakkan berlakunya kes curang.

 

cincin kahwin
Sumber: https://topbanger.com

Jika anda biasa melihat orang menindik hidung, mulut, telinga dan juga bahagian pusat, kini kita dikejutkan dengan satu trend baru dari luar negara yang mana wujudnya satu cincin yang ditindik masuk ke dalam jari.

cincin kahwin
Sumber: https://topbanger.com

Bagi sesiapa yang ingin menindik jari mereka dan memakai cincin tersebut, ia dikatakan agak menyakitkan kerana tulang jari anda terpaksa ditembuk untuk memasukkan cincin tersebut.

Jari manusia mempunyai tulang yang agak keras dan tidak sama seperti bahagian tubuh badan lembut lain yang ditindik seperti mulut, hidung telinga dan sebagainya.

Apa yang menarik adalah anda boleh memilih berlian atau batu yang ingin dipasang ke dalam cincin tersebut setelah ditebuk masuk ke dalam jari mengikut cita rasa yang anda sukai.

cincin kahwin
Sumber: https://topbanger.com

Proses pemasangan dan penanggalan cincin ini hanya boleh dilakukan oleh golongan profesional sahaja. Ini menyebabkan pemilik cincin ini harus berfikir dua tiga kali sebelum ingin curang ataupun menanggalkan cincin tersebut.

cincin kahwin

Antara beberapa sebab wujudnya pemakaian cincin ini adalah untuk:

  1. Menunjukkan bahawa anda seorang yang hebat dan berani melakukan perkara yang ‘rare’.
  2. Menunjukkan bahawa anda serius dalam sesuatu perhubungan dan seolah-olah ingin memberitahu seluruh dunia tentang hubungan tersebut.
  3. Mengelakkan berlakunya kes curang dalam perhubungan kerana cincin tersebut sangat sukar untuk ditanggalkan.
cincin kahwin
Sumber: https://topbanger.com

Walaupun ia sangat cantik dipandang setelah dipasang ke dalam jari, namun, pakar kesihatan menjelaskan terdapat beberapa keburukan yang mungkin dihadapi oleh pemakai cincin khususnya jangkitan kulit dan perubahan struktur jari.

cincin kahwin
Sumber: https://topbanger.com

Anda juga disarankan tidak memakai cincin ini sekiranya mengalami alahan kerana ia  boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada jari anda. Kami berharap agar trend seperti ini tidak diikuti oleh rakyat Malaysia kerana ia mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here