Lokasi Menarik Bagi Penggemar Trend Hipster Di Sekitar Kuala Lumpur

0
2131

Waktu kecil dulu slogan kanak-kanak riang yang kita cukup suka adalah ‘Hip Hip Hurayy’, bila dewasa kita telah beralih kepada trend Hipster pula. Untuk penggemar Hipster, terdapat beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur yang anda boleh jejaki untuk menepati cita rasa anda:

hipster#1) Chinatown

Kalau anda lalu di sekitar Petaling Street, berita baik. Disitulah terletaknya Chinatown. Anda cukup bertuah jika melalui kawasan ini. Banyak galeri seni dan barang jualan yang boleh dibeli secara tawar-menawar. Kebanyakan tempat disini sememangnya berbaloi untuk dijadikan lokasi bergambar bagi mereka yang gemar memuat naik gambar di Instagram.

hipster#2) Kampung Attap

Kali ini kita ke Kampung Attap bukanlah semata-mata untuk menikmati kesedapan kuah kari Restoran ZK, tetapi kita beralih pula ke bangunan lama yang dikenali sebagai Bangunan Zhongshan. Jangan pandang sebelah mata, bangunan lama ini mempunyai nilai estetika yang tinggi. Anda boleh meluangkan masa untuk melawati arts-and-culture rabbit hole, studio grafik, perpustakaan di ruang yang cukup terhad dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Nak masuk Madrasah Daulah? Ini cara nya !

hipster#3) Desa Park City

Taman ini amat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan jauh dari hiruk pikuk kota. Berlatar belakangkan tasik yang terpelihara dan kawasan yang membolehkan pengunjung membawa bersama haiwan peliharaan. Anda bukan sahaja dapat menikmati ketenangan dan kedamaian semata-mata, bagi mereka yang mudah lapar disini juga disediakan beberapa kedai untuk anda mengalas perut sambil berlibur dan bergambar.

hipster#4) Bangsar

Salah satu tarikan di Kuala Lumpur ialah kawasan Jalan Telawi dimana pelbagai jenis kedai makan hinggalah kedai alat tulis lama boleh ditemui. Disini anda juga boleh mengunjungi kedai yang menjual peralatan rumah yang unik di Snackfood. Anda juga boleh membasahkan tekak dengan berkunjung ke kedai korea Hanbing Korean Dessert Café untuk menikmati hidangan manisan yang sungguh enak.

Hipster#5) Chow Kitt

Di sini adalah lubuk bagi mereka yang gemar akan kawasan yang terdiri daripada kawasan yang masih memelihara bangunan lama dengan deretan edai jamu dan herba. Bagi penggemar baju bundle anda bolehlah datang kesini untuk mendapatkan pakaian yang anda mahukan.

BACA JUGA :   Ayuh! Realisasikan impian anda menjadi doktor di KSMU

hipsterBegitulah tarikan yang ada bagi peminat Hipster di Kuala Lumpur. Dari rangkaian tempat yang cantik, makanan, hiasan rumah sehinggalah pakaian anda boleh didapati di tempat berikut. Tidak perlu merantau jauh-jauh, semuanya ada di Kuala Lumpur.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here