Percutian Hujung Tahun Di Ladang Bunga Matahari Di Thailand

0
3393

Sebut sahaja Thailand, anda pasti terbayang pesisir pantai yang cantik. Hari ini kita lari seketika dari pemandangan biasa Thailand. Sepanjang bulan November hingga Disember nanti bunga matahari akan berkembang mekar. Bukan sekuntum dua yang berkembang tetapi satu ladang! Ini adalah peluang terbaik untuk mengunjungi Thailand di penghujung tahun.

ThailandKeluarkan buku nota anda dan catat kawasan penting ini. Lebih dari 10, 000 ekar ladang bunga matahari terbentang luas di kawasan:

  • Amphoe Phra Phuttha Bat
  • Kaeng Khoi, Nong Don
  • Nong Khae, Muak Lek
  • Wang Muang (paling banyak)

Begitu banyak bunga matahari ditanam hampir setiap tahun bagi menyambut festival bunga matahari yang buat masa ini telah berkembang ke daerah lain.

Pemadangan yang dilatari ladang bunga matahari bersama kuda dan lembu ternakan ala-ala Switzerland boleh ditemui di Amphoe Wang Muang. Buat pengetahuan anda bunga matahari akan berkembang mekar ketika bulan Disember hingga Januari.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Tundukkan Gajah Perang Di Laman Sendiri

ThailandBagi yang bekeluarga, kawasan pinggir bukit dengan hamparan hampir 20,000 ekar bunga matahari di Tambon Hin Son dan Tha Khlo yang berada di sekitar Amphoe Kaeng Khoi adalah tempat paling sesuai.  Waktu paling banyak Bunga ini berkembang mekar adalah sekitar bulan November hingga Disember.

Di Malaysia, kita akan dijamu pemandangan bukit bukau dan sawah ladang ketika melalui kawasan utara tanah air dengan menaiki ETS. Berbeza pula di Bangkok. Keretapi Nong Khai akan memberikan pengalaman menakjubkan.

ThailandAnda akan melihat kawasan yang dipenuhi dengan bunga matahari di kiri kanan landasan ketika melalui kawasan Tambon Hin Son dan Tha Khlo terutamanya ketika pertengahan dan akhir bulan Disember.

Selain dari festival bunga matahari, anda juga boleh menambahkan ilmu berkebun anda dengan mempelajari cara menanam dan menjaga bunga matahari. Banyak barangan yang berasaskan bunga matahari yang boleh anda dapati.

BACA JUGA :   Lokasi Menarik Bagi Penggemar Trend Hipster Di Sekitar Kuala Lumpur

ThailandLadang bunga matahari telah menjadi satu trend dan mendapat perhatian meluas di seantero Thailand. Satu demi satu wilayah di Thailand mula membangunkan ladang bunga matahari sebagai tarikan pelancong. Walaubagaimanapun, Lop Buri dan Sara Buri tetap menjadi tumpuan pencinta bunga matahari di Thailand.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here