Jho Low

Ke Mana Lagi Jho Low Nak Lari ?

Individu yang sekian lama dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low kini bagaikan cacing kepanasan setelah tertangkapnya Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Terbaru, Jho Low dilaporkan telah melarikan diri ke Macau sebaik sahaja mendapat tahu polis Malaysia tiba di Hong Kong untuk bertemu dengannya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Fuzi Harun menerusi maklumat terbaru yang diterima.

Macau adalah destinasi terkenal bagi pelancong dan boleh dimasuki melalui feri atau helikopter dari Hong Kong.

Jho Low sebelum ini telah beberapa kali diminta untuk kembali ke Malaysia bagi membantu siasatan melibatkan skandal 1MDB yang mencetuskan penuh kontroversi.

BACA JUGA :   Pas Bergelora Dengan Isu 1MDB. Husam Mohon Hadi Awang Undur Diri.

Namun, jutawan kelahiran Pulau Pinang itu hanya mendiamkan diri dan mengelak dari memberikan kenyataan.

Jho Low didakwa menggunakan dana dari 1MDB untuk membeli kapal persiaran mewah di samping membelanjakannya untuk bermewah-mewah bersama artis-artis Hollywood yang lain.

Ini termasuklah membiayai kos penghasilan filem ‘Wolf of Wall Street’ yang dibintangi oleh Leonardo di Caprio dan Margot Robbie.

Jho LowSituasi Jho Low menjadi semakin terhimpit apabila Jabatan Imigresen membatalkan urusan pasport miliknya. Pembatalan itu dibuat atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada pendapat anda, adakah penangkapan Jho Low nanti akan menjadi penyelesaian kepada kes tersebut ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

BACA JUGA :   Parlimen Malaysia Akan Dibubarkan Pada Tarikh Ini Untuk Memberi Laluan Kepada PRU 14

Jho LowUntuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here