Baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita apabila penyanyi muda, Haqiem Rusli membuat kenyataan bahawa beliau mengalami depresi dan akan bersara daripada dunia nyanyian.
Perkara ini dilihat serius dan menjadi buah mulut netizen apabila penyanyi tersebut juga memadam semua gambar peribadi miliknya di akaun Instagram pada awal Syawal lalu dan mengaku akan bersara daripada bidang seni Julai ini.
Tindakan itu dibuat kesan daripada masalah peribadi dan orang ramai juga difahamkan bahawa Haqiem mengalami kemurungan atas sebab-sebab tertentu.
Ramai rakan artis dan juga netizen memberikannya kata-kata semangat kepada Haqiem Rusli agar terus bersemangat untuk meneruskan hidup seperti sebelum ini. Orang ramai sangat menghargai kebolehan dan bakat yang ada dalam diri anak muda itu sehingga ramai mendoakan yang terbaik untuk kesihatan dirinya.
Terkini, Haqiem Rusli membuat kenyataan untuk meneruskan langkah dalam bidang seni.
“So saya akan teruskan career music saya dan this is my new single, Selamat Tinggal Sayang,” tulisnya di Instagram. Selamat Tinggal Sayang merupakan single terbaru Haqiem dan ditulis sepenuhnya oleh anak muda ini.
Sesetengah netizen menzahirkan rasa yang amat kesal dengan kenyataan anak muda tersebut tentang depresi. Ada juga pihak yang mengatakan bahawa kenyataan ‘depresi’ itu hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran single terbaru Haqiem.
Hal ini juga menimbulkan kemarahan yang amat mendalam dalam kalangan rakan artis seperti Wany Hasrita, Ernie Zakri, Ara Johari, Noh Hujan dan ramai lagi.
Salah seorang pendakwah muda Malaysia juga menzahirkan rasa kesal dan menasihati penyanyi tersebut bahawa penyakit depresi ini tidak sewajarnya dijadikan gurauan. Beliau begitu khuatir tentang tekanan penghidap depresi kerana banyak kes bunuh diri berlaku di seluruh dunia berpunca daripada penyakit ini.
Namun begitu, Haqiem Rusli membuat kenyataan bahawa depresi itu bukanlah gimik untuk single terbarunya, namun beliau benar-benar mengalami mild depression kira-kira sejak setahun yang lalu.
Penyanyi muda ini walau bagaimanapun tidak cepat melatah dan melahirkan rasa syukur kerana walau apa pun yang berlaku ke atas dirinya, ramai peminat masih menyokong keputusan penyanyi itu untuk meneruskan bidang dalam dunia nyanyian.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :