Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuat kenyataan bahawa had umur layak mengundi di negara ini wajar diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun pada sebelum ini.

umur
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri paling muda dalam sejarah Malaysia ini menyasarkan bahawa cadangan ini dapat dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. Timbul persepsi yang mengatakan bahawa adakah anak muda pada usia 18 tahun mampu membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara, Syed Saddiq menjelaskan bahawa untuk kearah itu, kerajaan perlulah mewujudkan program pendedahan politik kepada golongan muda.

umur
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik

Cadangan ini bukanlah cadangan yang dibuat tanpa perancangan. Beliau turut menambah bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

BACA JUGA :   [TERBARU] Senarai Penuh Jawatan Menteri Dalam Kabinet Kini Diumumkan

Beliau merasakan bahawa pelajar menengah atas di Malaysia wajib diterapkan tentang pendedahan berkaitan politik negara seperti yang telah dilakukan oleh beberapa buah negara yang lain.

umur
Pelajar sekolah menengah atas wajah diberikan program pendedahan politik – Gambar hiasan

Dengan pendedahan politik yang diterapkan di peringkat sekolah menengah lagi, menteri tersebut yakin bahawa golongan anak muda sememangnya telah mampu untuk membuat pilihan yang terbaik untuk negara.

umur

“Di negara-negara berkenaan, anak muda yang berumur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi. Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan ‘WeChat’ sahaja,” katanya. – Had umur mengundi wajar diturunkan kepada 18 tahun – Syed Saddiq, 05 Julai 2018

umur
Program Parlimen Belia Malaysia

Program Parlimen Belia merupakan antara contoh program pendedahan politik yang boleh mewujudkan penglibatan bagi golongan belia di Malaysia. Namun begitu, had maksimum umur bagi penyertaan program ini akan dibincangkan semula dari masa ke semasa.

BACA JUGA :   Nilai Kutipan Derma Mencapai Sasaran, Syed Saddiq Botakkan Kepala.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here