Bagi penggemar selfie, kini anda tak perlu lagi takut-takut dengan hasil bidikan kamera anda kerana tips-tips ini akan memastikan anda akan dapat gambar yang cantik lagi berkualiti. Ini antara 5 tips yang anda boleh praktikkan. Selamat mencuba!
- Lighting Terbaik
Sbelum bergambar, anda pandang-pandang dulu sekeliling. Cari kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik dan terang. Jangan anda sekali-kali bazirkan masa dan tenaga anda untuk bergambar di tempat yang suram dan kelam.
Sekiranya anda berdegil juga, maka gunakanlah alat bantuan seperti lampu atau flash.
- Penggunaan Highlighter
Highlighter adalah enhancer terbaik jika anda inginkan efek yang baik dari pantulan cahaya di bahagian muka terutamanya sibahagian tulang pipi. Highlighter memberikan efek yang kemas serta muka anda nampak ‘glowing’ dan bersinar.
Tapi perlu diingatkan, jangan terlebih Highlighter, bersederhana sahaja dan pastikan olesan anda sekata dan rata.
- Gunakan Angle Terbaik
Apabila berselfie, anda perlu bereksperimen dengan sudut. Cari sudut terbaik yang boleh membuatkan anda nampak menarik. Jangan statik! Anda boleh bertukar pose dan perhatikan imej anda.
Gerakan telefon anda juga untuk mencari spot tumpuan yang boleh menyebabkan anda nampak cantik. Jangan terkejut sekiranya orang yang gempal boleh nampak kurus dan langsing! Semuanya bergantung kepada permainan sudut yang baik.
- Selfie bersama haiwan peliharaan
Ini adalah masa untuk anda memperagakan haiwan peliharaan anda yang comel-comel belaka. Ya benar. Haiwan peliharaan. Kadangkala gelagat haiwan peliharaan anda sedikit sebanyak memberi mood dan life kepada gambar selfie anda.
- Selfie Bersama Rakan
Pernah dengar frasa the more, the merrier? Inilah masa ajak rakan-rakan anda untuk turut serta berselfie. Sambil bergelak ketawa, anda boleh merakamkan seribu satu mood dan gelagat menarik bersama rakan anda.
Lebih untung jika rakan and jenis yang sporting dan suka beraksi di hadapan kamera. Kehadiran mereka boleh memberi warna terhadap gambar selfie anda.
Selepas meneliti satu-demi satu tips ini, anda bolehlah berselfe sepuas-puasnya. Tunggu apa lagi? Ambil kamera anda dan mulakan berposing!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :