Sumber: www.hmetro.com.my

Baru-baru ini, berita tentang salah seorang Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang telah menyerahkan seutas gelang emas untuk didermakan kepada tabung untuk membebaskan DS Najib menjadi perbualan hangat di media sosial.

Beliau dikatakan amat menyayangi gelang emas yang telah menghiasi pergelangan tangannya sejak sekitar tujuh atau lapan tahun lepas.

Tindakan yang diambil oleh Zaleha mendapat pujian daripada sesetengah pihak, namun  ada juga pihak yang mengecam perbuatannya itu.

zaleha
Sumber: http://www.mstar.com.my

“Ini merupakan cara untuk mengenang jasa Najib. Dia nak jamin diri pun tak boleh sebab akaun bank dibekukan, jadi apa salahnya kita tolong”, katanya.

Disebabkan rasa sayang yang amat mendalam terhadap bekas Perdana Menteri itu, Pemuda Umno bahagian Wilayah Persekutuan telah mewujudkan tabung Solidariti Bebaskan Najib dan jumlah dana yang telah berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM 86, 282 setakat petang Jumaat yang lalu.

BACA JUGA :   Anda Pasti Terkejut Dengan Jumlah Yang Berjaya Dikutip Tabung ‘Bebaskan Najib’

Zaleha turut mendermakan sejumlah wang tunai untuk tabung tersebut namun tidak didedahkan jumlahnya.

zaleha
Sumber: http://www.mstar.com.my

Zaleha juga menggerakkan wanita-wanita UMNO di 89 cawangan Jasin untuk mendermakan sekurang-kurang RM100 untuk tabung itu.

Tindakan wanita ini turut menyentuh hati bekas Perdana Menteri itu dan DS Najib memuat naik posting tersebut di akaun Twitter nya.

Zaleha juga berharap tindakannya ini wajar dicontohi oleh wanita lain kerana golongan wanita pada zaman dahulu juga sanggup mendermakan barang kemas mereka demi menuntut kemerdekaan negara.

zaleha
Sumber: Facebook: Zaleha Bujang

DS Najib Razak telah didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan jenayah.

Tuduhan tersebut terdiri daripada tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu lagi tuduhan atas menggunakan jawatan untuk suapan dirinya mengikut Seksyen Akta SPRM 2009.

Namun begitu, DS Najib Razak mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sufian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan dua orang penjamin.

BACA JUGA :   Anda Pasti Terkejut Dengan Jumlah Yang Berjaya Dikutip Tabung ‘Bebaskan Najib’

zaleha

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here