England Menumpaskan Sweden: Hadiah Buat David Beckham

0
890

Kisah England menumpaskan Sweden rupanya bukan cerita kosong semata-mata. Dua pemain legenda rupa-rupanya telah membuat pertaruhan. Kemenangan England telah menguntungkan David Beckham!

Setelah lama diberi harapan palsu, akhirnya England mampu tidur sambil tersenyum setelah akhirnya berjaya melayakkan diri dan menempah tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia setelah Sweden pulang dengan mata kosong di Samara.

BeckhamDavid Beckham yang merupakan legenda The Three Lions akhirnya membuat tuntutan hadiah dari Zlatan Ibrahimovic. Dalam perjanjian antara dua rakan dari negara lawan tersebut ialah, jika England menang, Zlatan akan membawa Beckham ke mana-mana restoran yang diingini dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Zlatan.

Sebaliknya jika Sweden menang, Beckham akan membelanja Zlatan segala perabot dan alatan rumah yang diingini oleh Zlatan dari gedung perabot terkemuka, Ikea.

BeckhamWalaubagaimanapun perjanjian telah diubah oleh Beckham. Kalau Sweden menewaskan England, Beckham bersetuju untuk membelikan segala peralatan mahupun perabot yang dimahukan untuk menghias rumah baru beliau.

BACA JUGA :   Gandingan Zlatan-Pogba-Lukaku Bakal Pacu Man Utd Juarai Liga?

Jika England yang menang, Zlatan mesti hadirkan diri ke mana-mana perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan England di Wembley dan menonton perlwanan tersebut dengan memakai jersi England dan makan hidangan ‘fish and chips’ pada waktu rehat separuh masa. Segala perjanjian telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

BeckhamKemenangan tersebut yang merupakan julung-julung kalinya semenjak tahun 1990 akhirnya menemukan kedua-dua legenda arena bola sepak itu.

Pada waktu kemaraan England yang semakin hampir ke pusingan akhir dan diiringi dengan laluan yang cukup mudah, Beckham dilihat sedang memberikan fokus seratus-peratus terhadap kempen England yang masih kelihatan samar-samar di Rusia.

Pada waktu ini nampaknya Zlatan bolehlah mepersiapkan diri untuk melunaskan segala janji-janjinya.

Beckham

England bakal menjadi tuan rumah yang akan bertemu pasukan kebangsaan Amerika Syarikat di Wembley November ini.

BACA JUGA :   7 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Travel Ke Kota London, United Kingdom

Begitulah kisah dua sahabat ini. Sebenarnya mereka tidak rugi berjanji sebegini. Ini menunjukkan bahawa arena sukan tak semestinya menjadi arena permusuhan. Itu semua sukan semata-mata. Ada yang ternyata lebih penting dari apa yang ada diatas gelanggang, nilai persahabatan yang mengatasi segalanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here