Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman teruk dikritik oleh pengguna-pengguna media sosial hari ini gara-gara tidak bangkit membela pegawai akhbar sementaranya, Numan Afifi yang merupakan seorang aktivis pro-LGBT.

Numan Afifi baru-baru ini mengumumkan perletakan jawatan setelah mendapat kecaman oleh masyarakat pihak terhadap usahanya membela golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini. Dia sebelum ini menjadi tumpuan kerana menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti gay pada tahun lepas.

Syed Saddiq LGBT
Numan Afifi

Justeru, ramai pihak menyelar Syed Saddiq di ruangan catatan akaun Facebook milik Numan. Mereka menggesa menteri muda itu untuk tidak menjadi pengecut dan harus berani menegakkan hak pegawai-pegawainya.

BACA JUGA :   Ikon LGBT: Menteri “Bergasak” Dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Peguam dan pembela hak asasi yang tidak putus-putus mencetuskan kontroversi, Siti Kasim turut menyelar Syed Saddiq, berkata:

Sumber : Iluminasi

“Jangan jadi ahli politik yang tidak ada ‘telur’ untuk pertahankan hak awak, Numan. Syed ini patut bela awak atau sesiapa sahaja tanpa mengira orientasi seksual, kaum atau agama mereka,

“Berbanding cuba membersihkan sampah yang nampak, dia patutnya membersihkan otak kotor masyarakat kita,” tambah peguam itu merujuk kepada gambar yang tular menunjukkan Syed Saddiq mengutip sampah selepas perlawanan bola speak di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini,

Syed Saddiq LGBTWalaubagaimanapun, Numan mengumumkan akan terus menyokong Syed Saddiq yang digelarnya sebagai sahabat, sementara menanti pegawai media baru yang akan dilantik secara rasmi nanti.

BACA JUGA :   Had Umur Mengundi Malaysia Diturunkan Kepada 18 Tahun?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here