Nak belajar kat luar negara tapi tak nak terlalu jauh dan kos yang murah? Indonesia adalah antara destinasi yang patut anda pertimbangkan!
Selain daripada kos sara hidup yang murah dan tukaran wang tunai ringgit Malaysia ke rupiah Indonesia sangat tinggi selain daripada hanya 3 jam perjalanan melalui kapal terbang.
Disebabkan Indonesia mempunyai perkembangan ekonomi yang agak perlahan, mesti anda menyangka tiada universiti yang baik untuk menyambung pengajian di sana, bukan? Rasanya, anda patut membuat kajian dengan lebih dalam lagi.
Di Indonesia, terdapat beberapa universiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan mempunyai kedudukan yang baik di dunia.
#1. Institut Teknologi Bandung
Institut Teknologi Bandung ditubuhkan pada 2 Mac 1959 merupakan antara institut awal yang menawarkan pengajian kejuruteraan di Indonesia. Ditubuhkan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu sains, teknologi, dan kejuruteraan.
Pengajian di sini ditawarkan pada 3 peringkat iaitu strata-1 (S1) atau pengajian ijazah sarjana muda, strata-2 (S2) atau pengajian sarjana, dan strata-3 (S3) atau pengajian peringkat kedoktoran.
Bidang yang ditawarkan di universiti ini adalah seperti pengurusan, kejuruteraan, dan meteorologi.
(Sumber: Top Universities)
#2. Universitas Gadjah Mada
Universitas Gadjah Mada (UGM) merupakan universiti yang ditubuhkan oleh colonial Belanda pada tahun 1949. Ia juga merupakan antara universiti yang terbesar dan terbik di Indonesia.
Disebabkan universiti ini terletak di tengah-tengah bandar Yogyakarta atau Jogja, maka para pelajar di sini boleh merasakan budaya Jawa yang sebati di kawasan ini. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik kepada pelajar luar yang belajar di sini.
Antara kelebihan lokasi ini adalah ia terletak berhampiran beberapa candi yang terkena seperti Borobudur dan candi Prambanan.
Universiti ini menawarkan pengajian dalam beberapa bidang seperti perubatan, pengajian bahasa dan sastera, sains hayat, ekonomi, perundangan, sains computer, dan sains sosial.
(Sumber: Times Higher Education)
#3. Universitas Indonesia
Universitas Indonesia merupakan universiti yang tertua di Indonesia dengan tarikh penubuhan pada 1849 dan terdapat 3 kampus di Depok, Jawa Barat, dan Jakarta. Kampus utamanya terletak di Depok.
Apa yang menariknya, universiti ini mempunyai perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah buku sebanyak 1.5 juta naskhah dan dilawat oleh 20,000 pelawat sehari.
Universiti turut dalam usaha untuk menjadi kampus hijau dengan menambah laluan sikal dan menyediakan khidmat bas dalam kampus.
Pangajian yang ditawarkan seperti pengajian media, sains sosial, kejuruteraan, dan sains biologi.
(Sumber: Times Higher Education)
#4. Institut Pertanian Bogor
Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1963 ini ditubuhkan untuk mengukuhkan industri keselamatan makanan, melindungi persekitaran, dan membanteras kemiskinan. Institut ini merupakan antara yang terbaik apabil melibatkan pertanian dan sains hayat.
Kampus utama universiti ini terletak bandar Bogor dan terletak di 5 bandar lagi Baranangsiang, Dramaga, Gunung Gede, Cilibende, danTaman Kencana.
Terdapat 9 buah fakulti di universiti ini iaitu pertanian, veterinary, sains marin dan perikanan, sains haiwan, perhutanan, teknologi dan kejuruteraan pertanian, matematik dan sains hayat, ekonomi dan pengurusan, dan ekologi manusia.
Antara pengajian ditawarkan di sini adalah geologi, sains perhutanan, pengajian media dan komunikasi, kejuruteraan, dan sains hayat.
(Sumber: Times Higher Education)
Ingin melanjutkan pengajian di Indonesia? Layari Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut.
Mcam mana nak mohon salah satu university di atas?
Boleh isi di sini ( https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeOSl3PYILlvc23agLRd9I218tjtz1Z_ygyxVjhwzjIgV1PFQ/viewform ) atau call 013 2853903 atau tinggal no hp anda untuk kami call anda.
0109077393
Salam, blh saya dapatkan info lanjut ttg pengambilan degree di university di atas ? – 0183204873
Boleh hubungi dan ws 0189624322. Konsultan dari Daulah Educonsult akan berurusan dengan anda