Hubungan Perdagangan Malaysia-China Menjamin Kemajuan Industri Sawit Negara

0
1012

Sektor industri minyak sawit mula menampakkan peluang yang cerah setelah Malaysia dan China berminat untuk mengukuhkan hubungan perdagangan bagi menjamin kemajuan yang memberi keuntungan kepada bidang tersebut.

Pada Ogos ini, Tun M akan ke China bagi menjayakan lawatan rasmi. Datuk Zakaria Arshad yang merupakan Presiden dan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd. (FGV) mengharapkan agar lawatan Tun M ke China akan mengeratkan hubungan dua hala yang melibatkan dua negara ini.

industriBeliau mengulas bahawa pasaran eksport minyak sawit Malaysia ke China nampaknya sedikit merosot kerana nilai harga dan pasaran yang semakin sengit melibatkan negara jiran, Indonesia.

“Bagaimanapun, kami tetap cuba untuk mengekalkan penguasaan pasaran di negara tersebut yang pada ini berada pada kadar 20 hingga 30 peratus, meskipun ia sedikit menyusut berbanding sebelumnya,” katanya.- Beri manfaat industri minyak sawit; Penguasaan pasaran FGV di China dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus Nor Syariza Muhd. Tahir, 10 Julai 2018

industriPerihal minyak sawit ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Datuk Seri Mah Siew Keong yang merupakan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

BACA JUGA :   S Pavitra Simbol Perpaduan - Pepatung

Dalam kenyataan beliau di dada akhbar tempatan pada April lalu, Malaysia telah mengeksport minyak sawit bernilai RM 9.42 biliion kepada China pada tahun lepas berbanding dengan Kesatuan Eropah yang mengeksport minyak sawit bernilai RM 11 bilion oleh Kesatuan Eropah.

industriPada tahun 2016, seberat 17.6 tan minyak sawit telah dieksport dan jumlah semakin meningkat. Sebanyak 19.8 juta tan minyak sawit dieksport pada tahun lalu dan jumlah dijangkakan meningkat kepada 20 juta tan pada tahun 2018.

Dalam pada itu, pihak FGV telah membuat kenyataan mengenai strategi yang bakal diaplikasikan bagi menjamin nilai efektif sesebuah perancangan. FGV akan memeriksa semula portfolio pelaburan yang sedia ada bagi membuahkan hasil yang baik.

industri“Kami sedang mengenal pasti portfolio, termasuk huluan mahupun hiliran, yang didapati bermasalah untuk diambil tindakan selanjutnya. .- Beri manfaat industri minyak sawit; Penguasaan pasaran FGV di China dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus Nor Syariza Muhd. Tahir, 10 Julai 2018

“Inisiatif-inisiatif untuk menambah baik perniagaan ada telah dilaksanakan dan akan dilakukan secara berterusan,” ujarnya-.- Beri manfaat industri minyak sawit; Penguasaan pasaran FGV di China dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus

Nor Syariza Muhd. Tahir, 10 Julai 2018

Pihak FGV melangkah maju ke hadapan dari semasa ke semasa berbekalkan percaturan yang baik bagi memastikan ndustri minyak sawit sentiasa berkembang menuju ke masa hadapan.

BACA JUGA :   Sebab-Sebab Memilih Universiti Sumatera Utara, Indonesia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here