Terkini, mitos tentang demam kuning dalam kalangan bayi dapat dipulihkan dengan menggunakan korset mula tular dan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia.
Demam kuning ataupun Jaundice sering meyerang bayi yang baru sahaja dilahirkan. Ia adalah perkara yang normal dan boleh diubati.
Selalunya antara faktor bayi diserang penyakit ini adalah disebabkan tabiat makanan, faktor persekitaran, pengambilan ubat dan banyak lagi.
Mitos yang tidak mempunyai bukti saintifik seperti ini mula tersebar dalam media sosial. Perkara ini semakin membimbangkan setelah ada pihak yang mempercayainya secara bulat-bulat dan turut melakukan perkara yang sama terhadap bayi mereka.
Terdapat juga iklan yang ditemui dalam group Facebook, apabila seorang peniaga online turut mempromosikan korset yang bernama ‘Baby Waist Nipper’ yang boleh memulihkan demam kuning dalam kalangan bayi.
Peniaga tersebut membuat kenyataan bahawa, sebaik sahaja mengetahui bahawa anak yang baru lahir mengalami demam kuning, bayi tersebut akan pulih sebaik sahaja memakai korset itu.
Peniaga online tersebut juga mengatakan bahawa jururawat di klinik juga terkejut dengan dengan perkembangan baik yang dapat dilihat terhadap bayinya yang pulih disebabkan oleh korset tersebut.
Iklan yang dibuat dikuatkan lagi dengan testimoni daripada pelanggannya yang telah membeli produk tersebut. Demam kuning yang dihidapi oleh bayi pelanggan tersebut menunjukkan kesan yang positif setelah badan bayi tersebut dibalut dengan menggunakan korset.
Perkara ini mengundang rasa marah dan geram dalam diri netizen kerana perbuatan tersebut mampu membahayakan nyawa seorang bayi yang baru lahir. Ikatan korset yang ketat mampu membuatkan bayi baru lahir sukar bernafas dan lemas.
Oleh yang demikian, para ibu bapa di luar sana dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan produk yang mampu merawat demam kuning anak anda yang baru lahir.
Kenyataan seperti ini adalah mitos kerana ia sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti saintifik dan tidak dijelaskan asal usulnya. Anak anda layak mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan yang bertauliah sekiranya menghidap demam kuning.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels