Penceramah terkenal Malaysia, Datuk Ustaz Kazim Elias menegaskan bahawa memang wujud halangan untuk beliau meneruskan ceramah, namun halangan tersebut bukanlah datang daripada mana-mana parti politik mahupun kerajaan.

“Saya jelaskan di sini, tiada tindakan sekatan dari mana-mana pihak parti (politik) atau kerajaan.

“Jadi apa yang ditularkan oleh netizen di media sosial bukan kenyataan saya. Saya cuma katakan ada usaha-usaha yang cuba menyekat ceramah saya berkali-kali dibatalkan disaat akhir.

halangan

“Ada yang saya dah sampai di bilik menunggu, kemudian tak dibenarkan berceramah.

Jadi bila kita tanya siapa yang berikan arahan, tiada siapa berikan jawapan,” ujarnya pada sidang media di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak, pagi semalam. Kredit: malaysiandigest.com 

Cadangan penjualan unit tahfiz tersebut diputuskan sejak beberapa hari yang lalu adalah untuk menampung kos pengurusan 100 orang pelajar yang memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM150,00 sebulan.

halangan

Antara sumber pendapatan beliau untuk pengoperasian sekolah tahfiz tersebut adalah datangnya daripada bayaran ceramah, penjualan buku-buku karangan beliau serta sumbangan daripada orang ramai.

Setakat ini, berceramah merupakan sumber pendapatan terbesar beliau. Beliau juga sangat mencintai pekerjaan yang telah dilakukan sejak berpuluh tahun yang lalu itu.

halangan

Penceramah terkenal ini menegaskan bahawa beliau amat menyayangi sekolah tahfiz yang telah terbina dengan niat suci dan hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Banyak juga pihak yang ikhlas membantu dalam pembangunan sekolah tersebut sebagai saham untuk dibawa ke akhirat. Namun, keputusan untuk menjual unit tahfiz ini masih perlu dilakukan akibat daripada kekangan yang timbul dalam menyampaikan dakwah.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak pernah meraih simpati untuk mendapatkan sumbangan atau derma daripada mana-mana pihak, namun harapan beliau cuma satu agar ceramah dapat dilakukan seperti biasa tanpa sebarang sekatan.

halangan
Asmuni Awi menegaskan tiada sebarang sekatan ceramah kepada Ustaz Kazim dan bersedia emmberi bantuan kepada pusat tahfiz. Kredit foto: http://www.astroawani.com

Usaha yang ditunjukkan oleh Exco Agama Kerajaan negeri Perak, Asmuni Awi, tentang tiada sebarang sekatan untuk Ustaz Kazim berceramah dan bersedia untuk memberikan bantuan kepada Pusat Pendidikan Al Baraqah amat dihargai oleh penceramah tersbut.

Semoga Ustaz Kazim dapat menyampaikan ceramah tanpa sebarang sekatan agar pusat tahfiz ini terus dapat beroperasi seperti sedia kala.

halangan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here