Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baru juga tidak lari dari mencetuskan kontroversi dan tanda tanya.

Upacara watikah pelantikan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Pelantikan hakim berkenaan dibuat selepas persidangan Majlis Raja-Raja. Richard Malanjum merupakan hakim paling kanan di mahkamah tertinggi negara.

Richard Malanjum dilahirkan pada 13 Oktober, 1952 di Tuaran, Sabah. Beliau merupakan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Richard telah menggantikan Tun Md Raus Shariff yang sepatutnya sepatutnya bersara pada 31 Julai tetapi telah diminta meninggalkan kedudukan tersebut.

Sesetengah netizen melahirkan kekecewaan dalam diri mereka berikutan ramai pemimpin negara yang dilantik oleh kerajaan baru kebanyakannya terdiri daripada status orang bukan Melayu.

Mereka juga mengaitkan pelantikan ini dengan isu Peguam Negara, Tommy Thomas yang tidak menggunakan bahasa Melayu semasa memberikan kenyataan di Mahkamah Kuala Lumpur berkaitan isu bekas Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.

Namun begitu, ada juga netizen yang menerima perubahan tersebut dengan hati yang terbuka dan mereka berpendapat bahawa pemimpin atasan mempunyai hak untuk menentukan pemimpin-pemimpin negara.

Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat haruslah menerima perkara ini dengan hati yang terbuka dan berdoa agar semua pemimpin dapat menjalankan tugas dengan amanah tanpa bercanggah dengan hukum Islam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here