Udang bukan sekadar udang, Amru Najmi Osman meraih durian runtuh dengan perusahaan ternakan lobster atau lebih dikenali sebagai udang kara air tawar dengan memulakan aktiviti ternakan tersebut di rumah dengan cara yang cukup jimat dan mudah.
Pengasas syarikat Lobster Air Tawar Enterprise yang merupakan sebuah syarikat bumiputera berkongsi cerita bahawa perusahaan udang kara ini memerlukan modal permulaan kurang dari RM 200.
Bekas plastik dan sistem saliran yang sesuai diperlukan bagi membolehkan udang kara tersebut mendapat persekitaran yang sesuai untuk membiak.
Proses pertenakan dijalankan secara berperingkat. Bermula dengan pembenihan dan hasil kemudiannya dipasarkan bagi tujuan perdagangan dari sektor perhotelan restoran dan juga untuk dijadikan hidangan di rumah. Pemasaran udang kara ini bergantung kepada saiz dan juga berat.
“Udang kara air tawar senang diternak kerana ia tidak mudah mati serta bukan satu spesies yang sensitif kepada persekitaran serta proses pembiakannya juga adalah pantas.-Kosmo Oline
Selain perkhidmatan memasarkan bekalan udang kara, syarikat ini turut menjual benih udang kara yang dinilai berdasarkan saiz.
Bagi udang yang mempunyai ukuran daripada tiga sehingga empat inci, benih tersebut dijual pada harga RM 5 dan benih yang mencecah saiz lima hingga ke tujuh inci pula dijual pada harga RM 12.
Majoriti pembeli memilih untuk membeli udang kara atau lebih dikenali sebagai lobster yang berkuran tiga inci kerana udang ini mempunyai tumbesaran yang pantas berbanding yang lain dan mampu membesar lagi lebih kurang seinci dalam jangka masa satu bulan.
Amru menerangkan, udang kara air tawar induk sering dijual di pasaran pada saiz antara tiga hingga empat inci manakala telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan dan setiap induk betina mampu bertelur antara 200 hingga 1,000 ekor anak setiap kali bertelur.-Kosmo Online
Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh setahun berjinak-jinak dalam bidang ternakan udang air tawar, bidang ternakan ini boleh memberi pulangan pendapatan melebihi RM 6000 dengan jualan lebih 40 kilogram sebulan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila `layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels