Lintang-pukang. Begitulah gambaran yang boleh menjelaskan keadaan Persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hampir semua pemimpin pembangkang.
Keadaan bertukar tegang apabila Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof diumumkan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru kerana hanya satu nama calon yang diterima.
Perkara itu bagaimanapun mendapat bantahan kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan lantikan itu tidak sah kerana tidak mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Perkara 4, calon yang dicadangkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat hendaklah memberitahu Setiausaha Dewan dengan bersurat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat berlangsung.-Kosmo Online
Kesilapan begini nampaknya dimanfaatkan oleh pihak pembangkang untuk ‘memancing’ perhatian rakyat.
Sumber Video: KiniTV https://www.youtube.com/watch?v=EvgydlCKwWs
Tindakan ahli pembangkang yang meninggalkan dewan sedikit pun tidak menggugat kedudukan Datuk Roosme sebagai orang yang bertanggungjawab mengumumkan Datuk Mohamad Arif sebagai speaker dewan baru.
Apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang tidak menjejaskan apa-apa kerana bantahan boleh dilakukan selepas pelantikan.
Walaubagaimanapun disebalik kekalutan itu, hanya Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak berganjak dari kerusi masing-masing.
Dalam hal sebegini, sememangnya pihak kerajaan kelihatan agak tergelincir apabila lambat membuat penamaan calon, tetapi adakah tindakan pihak pembangkang yang meninggalkan dewan menggambarkan kematangan politik di Malysia? Dimanakah perginya sifat rasional?
Tindakan protes pihak pembangkang sedikit sebanyak mencemarkan reputasi dengan tersebarnya perihal protes di Dewan Rakyat. Sepatutnya pihak pembangkang perlu belajar bersabar, lihat dan dengar dahulu penjelasan pihak kerajaan.
Protes tidak memberi sebarang penyelesaian masalah malahan hanya membangkitkan amarah dan mengusutkan keadaan yang sedia kusut.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels
Proton telah mula kembali kepada perancangan untuk memasarkan produk automobil ke Aqaba, Jordan dengan jumlah eksport sebanyak