Berita Baik: Kini Anda Boleh Trekking Di Tengah Bandar Raya Kuala Lumpur!

0
1509

Bagi penggemar aktiviti trekking yang menetap di ibu kota Kuala Lumpur kini anda tidak perlu susah-susah merantau jauh lagi. Anda boleh melawat ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur yang terletak di Hutan Simpan Bukit Nanas.

trekkingUntungnya mereka yang hendak berkunjung ke sini kerana anda tidak perlu pening kepala dengan isu pengangkutan kerana terdapat banyak pengangkutan awam unutk sampai ke sini. Tak ada ‘feel’ naik pengangkutan awam? Tak mengapa.

Anda boleh memandu kenderaan sendiri dan mengeluarkan bayaran sebanyak RM 10 di lot parking yang disediakan berhampiran degn perkarangan pintu masuk Taman Eko Rimba KL.

trekking

Bayaran masuk? Tak perlu susah-susah, simpan sahaja dompet anda. Tiada bayaran yang diperlukan bagi anda menerokai keindahan alam disini.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah merentis hutan atau lebih dikenali sbegai Jungle Trekking. Pelbagai jenis flora yang anda boleh terokai dan jika anda cukup bertuah anda bakal ‘dikunjungi’ oleh sekumpulan monyet liar.

BACA JUGA :   Sertai Safer Food Merchant & Promosikan Perniagaan Anda Secara Online!

trekking

Terdapat beberapa denai yang anda boleh lalui. Antaranya ialah:

  1. Denai Arboretum
  2. Denai Penarahan
  3. Denai Merbau-Jelutong

Laluan di trek ini dipermudahkan dengan laluan pejalan kaki yang bertangga dan lebih bersifat santai. Anda hanya perlu pakai pakaian yang bersesuaian dan kasut yang selesa untuk memudahkan pergerakan anda.

trekkingSelain trekking, anda juga boleh uji tahap kegayatan anda dengan laluan titian silara atau lebih terkenal dengan panggilan Canopy Walk.

Dari jambatan gantung yang tinggi ini anda akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah berlatarbelakangkan Menara Kuala Lumpur dan juga kota raya Kuala Lumpur.

trekking

Tunggu apa lagi? Ini adalah masa terbaik bagi anda ajak keluarga anda untuk menerokai keindahan alam sekitar sambil menghirup udara yang segar. Selamat berhujung minggu!

BACA JUGA :   3 Tempat Menarik Di Bangladesh Yang Anda Pasti Teruja

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here