(Sumber gambar: Pops and Pints)

Laksa? Makanan ni smapai diiktiraf antara makanan yang paling sedap di dunia. Pendek kata, siapa yang tak pernah makan laksa dia belum cukup Malaysia lagi.

Siapa saja yang tak sukakan aiskrim? Rasa sejuk dan nyaman ini gandingan yang baik dengan cuaca Malaysia yang panas terik.

Sekarang, mari kita gabungkan kedua-dua makanan ni. Ya! Gabungkan kedua-dua makanan ni! Jangan pelik dengan idea gila ni kerana ada sekumpulan anak muda yang memulakan eksperimen luar biasa ini.

Laksa
Aiskrim dan laksa. Siapa yang cukup berani nak cuba? (Sumber gambar: NST)

Sebuah perusahaan kecil di Penampang, Sabah iaitu Pops and Pints yang diasaskan oleh Yapp Khin Enn dan dibantu oleh Yapp Shin Enn dan Jude Limus yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan aiskrim yang berperisa ekstrinsik ini.

Idea ini bermula apabila Khin Enn yag pernah melanjutkan pelajaran di Australia dan semasa di sana, dia bereksperimen memasak pelbagai jenis makanan. Harga makanan yang mahal memaksa dia untuk memasak sendiri makanannya.

BACA JUGA :   Bekerja Secara Full-time Atau Part-Time Sebagai Rider Safer!

Sekembalinya ke Malaysia, cuaca yang panas menyebabkan timbulnya idea untuk menggabungkan makanan yang pernah dimakannya dengan aiskrim yang sejuk.

Aiskrim Smoked Brisket & French Cream. (Sumber gambar: Says)

Selain daripada aiskrim berperisa asam laksa, kedai ini turut memperkenalkan perisa lain berdasarkan makanan lain seperti smoked brisket dan wasabi. Menarik…?

Selain daripada perisa yang agak ekstrinsik itu, mereka turut menawarkan perisa lain seperti manga kelapa, rapsberi, dan aiskrim yogurt.

Aiskrim beri goji turut dijual oleh perusahaan ini. (Sumber gambar: Says)

Idea untuk menghasilkan perisa aiskrim yang luar biasa ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan oleh mereka sendiri dan akhirnya mereka sendiri telah berjaya dengan resipi aiskrim yang betul dan boleh dipasarkan.

Aiskrim mereka dijual di sebuah kafe di beberapa tempat di sekitar Kota Kinabalu dan bercdang untuk membuka kedai mereka sendiri sedikit masa lagi. Untuk lebih keterangan lanjut mengenai perusahaan aiskrim ini boleh berkunjung ke Pops and Pints

 

BACA JUGA :   Iqram Dinzly Bikin Aksi Pelik Lagi, Kini di Instagram 'Live' Pula

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here