Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memberikan tempoh selewat-lewatnya 9 hari kepada para peminjam untuk mengemaskini butiran pendapatan mereka yang terkini, bermula 17 Julai 2018.
Kesemua peminjam boleh berbuat demikian di laman web rasmi PTPTN secara atas talian.
Langkah kemaskini tersebut adalah bagi memudahkan PTPTN mengenal pasti peminjam-peminjam yang berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan sebelum peraturan baru penangguhan pinjaman pelajaran dikuatkuasakan.
Sekiranya ada peminjam yang gagal mengemaskini butiran pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan, PTPTN akan menganggap mereka tidak mahu menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran.
Ini bermakna mereka boleh disenarai hitam dan dihalang untuk ke luar negara jika gagal membayar mengikut terma yang ditetapkan.
Di dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan telah membentangkan manifesto mereka di mana para peminjam boleh memilih untuk menangguhkan dahulu bayaran balik pinjaman pelajaran sekiranya mempunyai pendapatan bawah RM4,000 sebulan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran yang baru, Dr Maszlee Malik.
Selain itu, PH juga berjanji untuk membebaskan peminjam-peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imegresen sebelum ini. Setakat bulan Jun, seramai 429,945 peminjam telah dibersihkan daripada senarai hitam.
Jadi dinasihatkan kepada anda supaya memperingatkan anak-anak, rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang meminjam PTPTN supaya mengemaskini butiran mereka secepat mungkin.
Apa-apapun, diharapkan agar peminjam dapat membayar balik jumlah pinjaman apabila sudah berkesempatan nanti. Sudah menjadi adat meminjam, pandai pinjam pandai lah bayar balik.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels