Chef terkenal Malaysia, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menunjukkan rasa kesal terhadap sesetengah individu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka untuk Tabung Solidariti Bebaskan Najib.
Beliau menzahirkan rasa kesal tersebut menerusi posting di akaun Instagram, yang mana beliau telah memuat naik gambar anak bekas Perdana Menteri tersebut, Mohd Nazifuddin yang sedang menonton Piala Dunia di Moscow, Rusia.
Chef Wan menggesa orang ramai agar ‘membuka mata’ terhadap mana-mana pihak yang mereka bantu.
“Helloo buka la biji mata tu sikit! Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas PM kita.
“Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi? Mereka lupa ke dengan barang kemas banyak yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi Lubnan?
“Keluarga sama jugalah yang suruh kita cekek kangkong, beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon ketika mereka menikmati kehidupan mewah,” katanya.
“Ini tak orang yang berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pula yang kita nak selamatkan. – Chef Wan
Chef Wan mendakwa banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia seperti menderma kepada pihak yang lebih memerlukan ataupun membantu mengurangkan hutang negara yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Chef Wan berpendapat adalah sesuatu yang tidak wajar apabila penyokong bekas Perdana Menteri tersebut melabelkan orang yang tidak menderma kepada tabung tersebut sebagai ‘tidak mengenang jasa’ selama DS Najib mentadbir negara, namun sepatutnya ahli keluarga bekas Perdana Menteri tersebut lebih merasakan kesusahan yang dialami berbanding orang luar.
Chef Wan juga menegaskan bahawa jika kerajaan masa kini juga tidak amanah dalam memimpin negara, kerajaan itu juga mungkin mengalami nasib yang sama seperti Barisan Nasional.
Tambah beliau, ada juga rakyat yang sanggup bersusah payah mendermakan wang ke dalam tabung tersebut sedangkan kehidupan mereka pun mengalami kesusahan, umpama ‘kera di hutan disusukan, anak dalam pangkuan mati kelaparan’.
Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen tentang adakah kos perjalanan Nazif ke sana ditanggung oleh kerajaan, namun Syed Saddiq menegaskan bahawa kos kunjungan Nazif ke Rusia tidak ditanggung oleh pihak Kementerian belia dan Sukan (KBS) ataupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebaliknya kos tersebut adalah atas kapasiti peribadi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels