Ubat-Ubatan

Berhubung isu harga ubat-ubatan yang semakin mendapat perhatian, Kementerian Kesihatan mengumumkan akan mencari satu mekanisme kawalan harga untuk memastikan harga ubat berada di kadar yang berpatutan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri, Lee Boon Chye baru-baru ini.

Ubat-Ubatan
Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye

Menurutnya, ubat-ubatan bukanlah tertakluk di bawah harga kawalan dan harganya semakin meningkat saban tahun. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) berhubung itu tersebut.

Sememangnya banyak aspek dan faktor yang perlu diambil kira dalam mewujudkan satu mekanisme terbaik bagi mengawal harga ubat-ubatan.

ubat-ubatan
Kementerian Kesihatan bakal merujuk kepada KPDNKK dalam mencari penyelesaian bagi harga ubat.

Tambahan pula, harga ubat yang semakin mahal akan mengakibatkan rakyat sukar mendapat rawatan kesihatan yang berpatutan. Ini sekali gus menjadikan tahap kesihatan rakyat berada di tahap yang rendah sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan.

BACA JUGA :   Wanita Ini Dicaj RM 100 Untuk Dua Pinggan Nasi Campur, KPDNKK Sifatkan Harga Adalah Berpatutan

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga akan menambahbaik sistem bekalan ubat-ubatan kepada hospital kerajaan bagi mengelakkan berlakunya masalah kekurangan bekalan. Bagi memastikan bekalan ubat sentiasa cukup, sistem simpanan rekod juga akan diubah menggunakan tekonologi maklumat yang canggih

Apa-apapun, diharapkan agar pihak kementerian dapat mencari mekanisme terbaik dalam memastikan harga ubat dapat dikekalkan di kadar yang berpatutan.

Ubat-UbatanUntuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

BACA JUGA :   Liga Malaysia Dilarang Meski Tempoh PKP Tamat

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here