Setelah sekian lama duduk di kerusi kerajaan, akhirnya BN mula belajar terima hakikat bahawa tempat mereka kini telah beralih kepada kerusi pembangkang.

Bagusnya BN duduk di kerusi pembangkang, tahap kepekaan mereka menjadi lebih baik. Kerana apa?

pembangkang   Peka akan segala janji yang diselitkan dalam manifesto pihak kerajaan. Kini kerajaan baru seakan-akan menjadi bahan seliaan pihak pembangkang.

Sekecil-kecil janji dalam manifesto 100 hari menjadi pantauan kerajaan BN bagi memerhati secara rapat samada janji yang ditabur hanya sekadar tinggal janji atau janji itu adalah sesuatu yang pasti.

pembangkang

Kedua-dua pihak masih boleh dikatakan berada di fasa percubaan kerana masing-masing baru cuba menyesuaikan diri.

Bayangkan selama ini satu parti menjadi pembangkang, satu lagi menjadi kerajaan. Dulu salah satu cukup lantang membangkang, pantang ada silap habis semua dipukul rata. Satu parti lagi bagaikan perisai.

Tapi kadang-kadang perisai ini jika dirempuh banyak kali dengan segala spekulasi akan bangkit melawan semula.

pembangkang

Dalam kes Dewan Rakyat baru-baru ini, BN dan Pas dilihat sudah mula memainkan peranan mereka dalam menegakkan undang-undang negara. Tindakan PH yang melengah-lengahkan perlantikan mencetuskan protes dalam kalangan pembangkang.

Ada baiknya protes sebegini dilakukan walaupun nampak agak kebudak-budakan. Protes ini menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan dineutralkan dengan sebaik yang mungkin.

Yang silap tidak boleh dibiarkan sewenang-weangnya. Pengajaran mesti diberi bagi memberi peringatan bahawa PH tidak memegang kuasa secara mutlak.

pembangkang

Persoalannya, bagaimana PH hendak memerintah dengan baik sekiranya peraturan yang cukup ringkas pun tidak boleh dipatuhi dengan sebaiknya?

Bukan sebelah pihak sahaja yang perlu rasa malu tetapi kedua-duanya sekali. Kemerdekaan sudah menghampiri umur 61 tahun tetapi politiknya masih bersikap ‘hijau’ dan tidak matang. Tidakkah kita berasa malu jika apa yang terjadi di Malaysia menjadi buah mulut negara lain?

pembangkang

Banyak yang perlu diperbaiki kedua-dua belah pihak. Pertelagahan dan percakaran bukan pasak sesuatu negra. Membangkang tidak salah, mempertahankan juga tidak salah tetapi lakukan demi kebaikan rakyat. Jangan jadikan rakyat tersepit ditengah-tengah. Fikir-fikirkanlah demi kebaikan bersama.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here