Siapa yang tidak gemar ke IKEA? Rata-rata, semua orang suka berkunjung ke gedung membeli belah terkenal ini sama ada untuk mencuci mata, membeli-belah ataupun menikmati makanan enak di restorannya.

Berita gembira untuk semua pelanggan IKEA, gedung membeli belah tersebut kini melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari kepada setahun (365 hari).

ikea

Polisi pemulangan selama 365 hari ini adalah untuk memberikan lebih banyak masa kepada pelanggan untuk memulangkan semua barang selepas membuat pembelian.

Gedung beli belah ini memulakan polisi pemulangan tersebut untuk memberikan peluang kepada pelanggannya agar memiliki tempoh yang lebih lama untuk memilih keputusan yang terbaik untuk kediaman masing-masing.

ikea
Kredit foto: www.ikea.com

Jika tempoh polisi pemulangan 100 hari yang dijalankan sebelum ini memberi kesulitan terhadap pelanggan, pihak pengurusan IKEA merasakan bahawa 365 hari itu adalah satu tempoh masa yang lama untuk membuat pelanggan mereka gembira berbelanja di IKEA.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King. -http://www.astroawani.com

BACA JUGA :   IKEA Tebrau Johor, Cawangan Terbesar Di Asia Tenggara Akan Mula Dibuka 16 November

ikea

Anda boleh memulangkan produk yang belum dipasang dalam bungkusan asalnya dalam tempoh 365 hari. Namun demikian, pastikan anda menyimpan resit pembelian untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya.

Dalam polisi pemulangan yang baru ini, terdapat beberapa keistimewaan IKEA yang harus anda ketahui, contohnya seperti:

  • Bayaran balik akan diproses dengan cara pembayaran yang sama dengan pembayaran asal.
  • Untuk pembelian secara tunai, bayaran balik tunai akan dikeluarkan
  • Untuk pembelian dengan kad kredit, kredit akan diproses kepada kad kredit yang telah digunakan. Kad kredit mesti ditunjukkan semasa proses pemulangan.

ikea

Dalam keseronokan polisi pemulangan 365 hari ini, terdapat beberapa peraturan yang perlu anda patuhi dan fahami untuk mengelakkan kerugian daripada kedua-dua belah pihak.

Polisi pemulangan 365 hari ini adalah tidak termasuk fabrik potong, tumbuhan, kelengkapan tidur yang digunakan, perkakasan dapur/elektrik, produk dari AS-IS, produk makanan, barangan ditempah mengikut spesifikasi anda dan banyak lagi.

BACA JUGA :   IKEA Tebrau Johor, Cawangan Terbesar Di Asia Tenggara Akan Mula Dibuka 16 November

ikea

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.ikea.com. Apa pun, tahniah IKEA! Anda sentiasa berjaya mendapatkan tempat dalam hati pengguna sekaligus mengukuhkan pasaran dari masa ke semasa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here