nombor plat

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberikan cadangan kepada universiti-universiti awam di negara ini supaya melaksanakan kaedah penjualan nombor plat kenderaan kepada pelajar.

Langkah tersebut adalah sebagai salah satu cara bagi pihak universiti untuk menjana dana mereka sendiri.

nombor plat
Kaedah tersebut dicadangkan kepada universiti awam di negara ini.

Seperti yang kita ketahui, peruntukan dana tahunan dari kerajaan kepada IPTA semakin berkurang sejak tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini. Ini membuatkan pihak universiti terpaksa mencari alternatif lain bagi menjana dana. Antaranya termasuklah memperkenalkan sistem parking berbayar di kawasan kolej, membuka ruang sewaan fasiliti untuk orang awam dan banyak lagi.

Menurut Dr. Maszlee, cadangan penjualan nombor plat itu boleh dilaksanakan menerusi perbincangan mendalam antara pihak yang terlibat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau optimis kaedah tersebut mampu dijayakan.

BACA JUGA :   Panduan Memilih Program Pengajian

nombor plat“Ada perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan. Melalui JPJ kita akan cuba, universiti berpakat dengan JPJ jual nombor plat.

“Contohnya saya graduan UM (Universiti Malaya) nak beli kereta, (boleh) beli nombor plat UM1000, jadi kita bayar kepada JPJ dan separuh diberi kepada Universiti.

“Dengan cara itu insya-Allah dapat menjana duit universiti,” katanya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu kepada pihak media.

nombor plat
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Bagaimanapun, Dr. Maszlee tidak menjelaskan menjelaskan bila atau bagaimana kaedah itu akan dilaksanakan. Apa-apapun, diharapkan agar langkah tersebut tidak akan membebankan para pelajar dari segi kewangan.

Jadi, bagaimana pula pendapat anda, adakah anda setuju jika cadangan penjualan nombor plat ini dilaksanakan ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

BACA JUGA :   Adab Menziarahi Orang Sakit Di Rumah Atau Hospital

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here