KECOH! Guru Berdemo Desak Pengetua Ditukarkan Ke Sekolah Lain Kerana…

0
2792
(Sumber gambar: Odyssey)

Kejadian yang berlaku yang melibatkan guru di Kelantan  ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada semua majikan yang ada di Malaysia tidak kira sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan tentang betapa pentingnya pekerja itu dijaga dan diambil perhatian kebajikan mereka.

Kerana tidak tahan dengan layanan yang diberikan oleh pengetua, sekumpulan guru di SMK Ketereh mengadakan tunjuk perasaan di hadapan sekolah mendesak pengetua mereka untuk ditukarkan daripada sekolah mereka.

SMK. Ketereh, kota Bharu. (Sumber gambar: Utusan Malaysia)

Pengetua tersebut dikatakan memberikan beban tugas yang tidak mampu ditanggung oleh para guru serta kepada pelajar di sekolah tersebut.

Guru dan pelajar di sekolah tersebut dikatakan suasana di sekolah terbabit menjadi dingin kerana cara pentadbiran pengetua terbabit yang terlampau mendesak sehingga menyebabkan ada yang tertekan dan tidak tahan.

Berhimpun Depan Sekolah

Dalam kejadian 18 Julai lalu, sekumpulan guru tekad turun dan menaikkan sepanduk menyampaikan desakan mereka agar pengetua tersebut ditukarkan daripada sekolah mereka.

BACA JUGA :   Akibat Malas, Sekumpulan Murid Berpakat Usir Guru
guru
Sebahagian guru SMK. Ketereh yang berdemo mendesak pengetua untuk ditukarkan dripada sekolah mereka. (Sumber gambar: Kosmo Online)

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan dengan menukarkan pengetua SMK. Ketereh itu ke bahagian pentadbiran sebagai Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan dalam satu arahan melalui surat bertarikh 18 Julai 2018 yang ditandatangani Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman

Arahan penukaran tersebut dibuat bagi memberikan ruang dan peluang untuk beliau berehat selepas menerima tekanan semasa bertugas di sekolah tersebut.

Surat arahan penukaran pengetua SMK. Ketereh oleh JPN Kelantan. (Sumber gambar: Utusan Malaysia)

Selesaikan Dengan Cara Baik

Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik pula berkata, tindakan tersebut dalah tidak patut dilakukan kerana akan membawa pengaruh yang tidak baik kepada guru-guru di sekolah lain.

Beliau berkata lagi, sekiranya sebarang permasalahan tidak mampu di peringkat sekoalh tersebut, ia boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kalau hadapi masalah dengan pihak atasan, cuba selesaikan masalah macam satu keluarga.”, Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Maszlee Malik (Sumber gambar: MalaysiaKini)

“Saya ambil cakna dan ingin dengar apa keluhan guru-guru. Saya berharap PPD dan JPN tidak ambil tindakan.

“Bagaimanapun nasihat ini tidak bermakna saya memberi signal (isyarat) kepada cikgu lain untuk buat demo.

“Mereka takkan tunjuk rasa seperti itu kecuali mereka mungkin dah tak ada cara lain.

“Cikgu mengadakan demo sebab tak puas hati kepada pengetua sekolah dan mereka naik sepanduk tulis Dr Maszlee supaya bantu mereka,” katanya.

 

BACA JUGA :   Wajarkah Masalah Disiplin Pelajar Hanya Perlu Ditangani Oleh Guru Sahaja?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here